Maaf



∴ Memang sifat manusia tak pernah puas.Menyayangi kemudian menyakiti.Memiliki kemudian tak menghargai.Itulah diriku. Ampunkan diri yang hina dan berdosa ini ya Allah. Dan buat mereka yang aku sanjung dan sayangi, maafkan diri ini untuk segala kesilapan yang memusnahkan. Ketahuilah, sesungguhnya impian diri ini turut musnah bersama sgla fitnah dan cerita. Hidup tenanglah tanpa insan berdosa ini, mungkin aku mmg x layak untuk bahagia. Aku tahu Tuhan itu tak pernah salah, yg salahnya aku. Maafkan diri ini ∴

Tersedar

Pecah lagi benteng rapuh itu
Dirempuh bah yang tak putus sudah
Habis basah seluruh padang hati

Memang sifat manusia tak pernah puas.
Menyayangi kemudian menyakiti.
Memiliki kemudian tak menghargai.

Katanya, redha itu Ikhlas pasrah itu menyerah.
Wajah ini menguntum senyum tawar.
Menyerah?
Kerap sekali ia meniti di bibir ini.
Adakah selama ini aku tidak pernah redha, Tuhan?
Adakah semua yang terjadi adalah kerana aku tidak ikhlas, Tuhan?
Jawab aku Wahai Pencipta.
Dan tolong hentikan aku dari terus memendam luka yang parah.

Tuhan, aku sedar aku bukan insan mulia
Diriku hina bergelumang dosa dunia
Jiwaku kotor terpalit nafsu serakah
Apakah penderitaanku selama ini bukan ujianMu?
Adakah semua ini cuma balasanMu Tuhan?
Sungguh..sungguh ia menyedarkan aku.
Sungguh memang benar..bahawa bukan semua kenyataan itu indah.

Dan cinta..adalah misteri yang aku tak pernah tahu akhirnya.
Semoga semua ini petunjuk tepat dariMu buatku.
Cukuplah kepahitan rasa yang terpaksa ku telan.
Izinkan aku bahagia untuk sisa hidup ini Ya Allah.

Aku tahu, tuhan tak pernah salah.

[ That's right, what we give we will get back]

Jangan Bersedih


Wahai hati,
Maafkan aku sekali lagi.
Aku telah membangkitkanmu setelah perintahku melenakanmu.
Lalu engkau membuka mata melihat indahnya waktu yang tercipta
Harapanmu kepada dunia agar ia tidak lagi mengkhianati.
Namun hati,
Aku bersalah padamu sekali lagi
Engkau telah terjatuh terhempas di daratan
Engkau telah retak terkaku di biarkan
Dan aku hanya merelakan..
Maafkan aku..
Bertahanlah dulu wahai hati..
Anggap ini ujian Ilahi
Walaupun rupamu tak seindah mereka
Walaupun tubuhmu tak secantik mana
Namun bagiku engkaulah yang paling sempurna
Tiada mereka merasakan sakitnya derita
Cuma engkau yang terus mara
Meredah onak-onak luka
Sanggup ditancap duri-duri sengsara
Bertahanlah engkau untuk sementara

Engkau hati yang banyak berjasa
Jangan biarkan aku melarut hidup didalam kelam
Jangan biarkan aku ragu dan ringkih dengan kasih Tuhan Penyayang
Jangan biarkan aku hanyut lagi dalam arus penderitaan
Wahai hati,
Bertahanlah sementara punya waktu..
Bukankah Dia tidak pernah membiarkanmu?

La Tahzan ya qalbi--
Tuhan itu tidak pernah salah..

Aufa Muaz

imperfectionist


aku juga ingin belajar pada hikmat kesabaranmu
pada redup warna setiamu pada dingin deru pesonamu
selagi purnama belum bertakhta di singgahsana
selagi bintang belum bersembunyi di balik langit merah..
kini ku pintas lorong lorong gelap penuh cekap
menyambut salam dan percakapan dalam gerak senyap
memeluk rintih dan pinta dalam senyum penat

∴ Jika kau rasa getarku ∴

Mainan Hidup

Getar aku bergetar
Sekilas terpandang sandiwara pujaan si kecundang
Getar aku sangat bergetar
Air mata jatuh bercucuran
Mengapa aku sering terjatuh ditempat mana aku perlu berjuang

Mungkin sekali aku harus jadi pembelot
pada hati yang selalu aku percayakan
pada tempat dimana masih berdarah luka yang tak perlu aku sembuhkan.

Hidup ini bukan tempat untuk kau bermain.

Pipit yang takkan menjadi Enggang

Aku adalah selaput hitam yang menyelubungi bintang bintang
Aku jadi petanda yang membezakan jelas dan yang tak terang
Dan kamu sudah tentu tak sama dari siapa pun
Tentunya kamu orang yang beriman..

Bagaimana kata bahagia itu kamu tafsir sendiri?
Semua yang terlihat adalah bukit bukau manusia duniawi
Didaki dan dituruni demi kepentingan diri
Katanya..
Hidup perlu ada jalan
Dan jalan itu perlu dipimpin bukan dipaksa
Hidup perlu ada satu perubahan
Hijrah namanya
Dan hijrah itu tak perlu disemai tap biar ia tumbuh sendiri
Kerana hijrah yang disemai sudah pasti bukan keranaNYA tapi manusia semata
Namun hijrah yang tumbuh sendiri adalah hijrah yang datang tanpa kita cari
Hijrah itu yang selalunya kekal abadi

Aku ibarat pipit
Yang terbang dari seberang lautan China Selatan
merentasi dunia yang luas terbentang
Demi mengotakan sebuah impian
dari harapan mereka yang melahirkan

Aku ibarat pipit
yang sesat didunia Sekawan enggang
Yang megah dan sentiasa maju kehadapan

Aku ibarat pipit
yang tersungkur dari dahan pepohonan
lalu disambar oleh seekor enggang sebelum tubuhku jatuh ke daratan
bukan untuk dimakan tapi untuk diselamatkan
akulah pipit yang tak tahu erti penghargaan

terima kasih wahai enggang
semua ini adalah urusan Tuhan
Memang benar..kemahuanku bukanlah kehendak Tuhan
Aku hanya mampu merancang, biarkan Tuhan yang menentukan.

Semoga kamu sentiasa dalam lindungan--

happy monday♥tuesday

☆ ini bintang. bintang yang mampu membuat aku tersenyum sepanjang hari ツ

Ya Allah, terima kasih buat segalanya.
Buat kamu, thanks untuk semalam dan hari ini. Apa yang pasti, aku sangat gembira. FULLSTOP

Cinta tak perlu bersyarat

''Bahagia itu engkau yang pilih, bukan aku yang tentukan..''


telah ku cuba ikuti rentak hidupmu
tapi iramaku sumbang
alunan melodiku jauh menyimpang
mungkin benar aku yang salah
terjatuh dikala orang lain sedang gigih membangun
cuba bangkit ketika orang lain sudah berjaya dan tersenyum

aku yang terlewat
entah masih sempatkah untuk mengejar mimpi yang telah berlalu pergi
entah masih ada ruangkah untuk memenangi harapan yang tersungkur dari tebing yang menolak diri

aku yang terus terlewat
entah masih wajarkah kisah dongeng purbakala untuk aku perjuangkan lagi
entah masih kukuhkah pepohon hati untuk aku berpaut pada dahan yang tinggi

tidurlah wahai hati, jangan bangun selagi dunia masih mengkhianati.

Di Atas Satu Cinta



Dia Labuhan Hatiku~

jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku
selalu di hatiku
selalu di hatiku

*Credit: Liriklaguindonesia

Ku Mohon

Bismillahirrahmanirrahim,

'Ya Ilahi, dada rapuh ini sesak tergoncang desah lantunan keji hambaMU.
ENGKAUlah Yang Kuasa, ENGKAULAH tempatku meminta,
titipkan sekelumit rasa bahagiaMU demi hari depanku..ameen Ya Allah.'

thou be like crosswise

Segar benih impian ku tanam
Tumbuh mewangi atas lapangan tak bertuan
Lantas dipetik oleh tangan si perempuan
Sakit membusuk dalam cengkaman tak melawan

Layu bunga impian ku di genggaman
Derita terpenjara dalam hidup tak berteman
Lalu dipersendakan oleh jahatnya si perempuan
Dendam ku tapis dengan senyum ku simpan.


:Engkau mungkin tersilap langkah lalu terjatuh menuntun cerita air matamu mungkin kesima namun kau belum tahu aku siapa. aku berkawan dengan derita, maka ku kenal apa itu kecewa. simpan kata duamu, telingaku pekak mendengar sandiwara, mataku buta melihat si perampas berduka:

Kesedihan

Ataupun [kesedihan itu ialah]
apabila engkau menghendaki
perkara yang baik untuk seseorang,
sebaliknya dia mahu menyakitimu.

~ Imam Shafi’i

Derai Cemara

''Seperti bulatan yang tidak berpenghujung, begitulah ibaratnya hubungan kita..takkan pernah berakhir sampai bila-bila.." -- by Him.


Kadang, kita memaafkan bukan kerana kita ingin melupakan, tapi kerana kita ingin dia mengingati. Tapi bila dia tak ingin mengingati, kita haruslah memahami bahawa maaf bukanlah jalan terbaik untuk melupakan. Dipenghujungnya, ada garisan untuk sebuah pengakhiran. Perpisahan.


Sebelum ku pergi
Kutadah bekas-bekas kelukaan
Mengumpul calar perasaan
Di setiap ruang
Merah pekat kehitaman
Pedih duka kesakitan
Bakal memori mendatang

Sebelum kupergi
Harap dapat kuhirup
Pemberian kemaafan
Penamat Salam
Melabuh tirai satu perhubungan..
Sebagai permulaan satu kehidupan ;)

Cerita Hati 7

''..malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku agar dia tidak kesepian, slalu rasa ada cinta aku. hujan bawa airmataku yang mengalir membasuh lukaku agar dia tahu kutersiksa tanpa cinta dia dihatiku. hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti.''---Mainan Hidup [24 Nov 2011]

Sandiwara si Pemain Cinta

...begitu wanita jadi permainan cinta, diselindung wajah yang penuh dusta, bermegah dengan selimut nista janji setia si jantan perkasa. Julang citamu ke langit angkasa, bawa bersama hujung pangkal cerita, sudahi mimpi burukku dengan jalan pemisah dan teruslah berlalu bersama harapan yang patah -- Mainan Hidup [22 Nov 2011]

Cerita Hati 6: Sayap sayap Doa

Hati menangis dalam langkah tak berbayang
Tabah meredah dalam luka ketewasan
Merangkak payah keluar meninggalkan kegelapan
Kisah silam yang harus dilupakan

Hati meronta dalam laungan kebisuan
Senyum menyelindung seribu duka yang terpendam
Memaksa diri untuk terus tak kebelakang
Kisah silam yang menyeru kerinduan

Dengan Nama Allah Yang Maha Besar,

" Tuhanku, jalan cerita ini menyimpang jauh dari cita dan impianku. Andai ini memang suratan yang telah tertulis buatku, aku mohon kepadaMU, sudahilah kesedihan ini dengan ketentuan yang tepat buatku, agar jalan hidupku kembali bersuluh sinarMU. Tuhanku, sesungguhnya cinta anugerahMU telah aku berikan kepada dia, satu-satunya insan yang telah lama bertakhta. Tuhanku, telah aku tetapkan dalam hidupku, bahawa cinta anugerahMU hanyalah untuk dia yang aku anggap indah. Tuhanku, telah aku pasang angan dalam hidupku, agar dia menjadi tangga-tangga untukku ke syurga. Namun aku sedar, hatiku tidak sebesar dunia, diriku tidak secantik mana. Aku wanita yang sangat biasa, hanya merancang cerita bahagia, yang diakhirnya berbunga hampa. Tuhanku, gelombang rasa itu ENGKAU yang punya, sampaikan padanya bahawa aku sangat kecewa. Tuhanku Allah yang Maha Berkuasa, Pemilik Segala hati hamba-hambaNYA, jangan patahkan sayap doa dari tangan yang hina, sesungguhnya aku bermohon kepadaMU, berikanlah secangkir rasaMU dari lautan bahagia. Maha Suci Allah, hanya kepadaMU aku bermohon dan kepadaMU jua aku berserah, angkatlah serangkap permohonanku, dengan sayap-sayap doa.."

Ameen.


Mainan Hidup-15 Nov 2011

Cerita Hati 5: Di penjara janji

.....

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cintaku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Sanggup untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat kusandar
Angan kupendamkan
Satu percintaan yang bisa kujadikan
Tangga-tanggaku kepintu syurga
Leraikan rindu..

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta yang aku mimpi



Mainan Hidup-15 Nov 2011

Pendam



'bisik hatiku lepaskan dirinya, sungguh aku tak bisa.
biarlah aku sendiri tanpa kasih dihati.
aku tak mampu pertahankan lagi, cinta yang menyakiti.
biarlah aku pergi tanpa kasih dihati'

Cerita Hati 4: Untukmu

Dan selepas ini, takkan ada lagi 'untukmu' dariku ..
Dan semoga selepas ini, takkan ada lagi 'untukku' darimu ..
Cukuplah kesempatan yang telah diberi ..
Ruang itu bukan untuk kita, bukan milik kita ..

Takkan pernah lagi hati ini menoleh padamu ..
Kerana lukaku semakin parah, semakin mengoyak rasa ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Terima kasih buat dia, wanita hebat yang datang dari syurga ..
Terima kasih juga kujunjung buat dia, wanita hebat yang menolakku hingga terluka ..
Dan sejuta penghargaan buat kamu, yang lebih memilih dan memiliki dia ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Maafkan aku kerana terpaksa membuang kamu ..
Maafkan aku kerana terpaksa menjauhi kamu ..
Takkan pernah kuberpaling lagi untuk bersama kamu ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Setiap luka yang kau ukir takkan pernah terhapus, biar dia yang kau simpan disana, menjadi penghiburmu dikala kau berduka, Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih..ASA.

Mainan Hidup,
10 Nov 2011

Cerita Hati 3

tiada guna menyatakan kebenaran jika keadaan masih sama. dunia ini kau yang punya, buatlah apa yang kau suka. tapi bukan dengan hati ini.
wahai pengembara cinta, jangan mengemudi di lautan yang bergelora. kelak kau karam di dasar yang penuh dusta ---- Mainan hidup, 10 Nov 2011.

Cerita Hati 2

Begitu dalam luka ditusuk, hingga tertumpah sumur dihati. Segarlah bunga jangan membusuk, Tuhan tahu kau mampu menempuhi.


By Mainan Hidup,
09 Nov 2011.

Cerita Hati 1


Luka hati yang tak terubati, terasa perih dan mengoyak diri, jerit hati bak lautan tangis, mengejekku dengan pandangan sinis..Ku bermimpi dalam sedarku, ku tersedar dalam mimpiku, dalam mimpi ku mengejar kasihmu, ketika kusedar dapatkan bencimu. Kerinduan yang tak pernah berpenghujung, mengheretku ke akhir tiang mimpiku, membelenggu dan tinggalkan luka baru, dengan parangnya meragut harapanku.



Mainan Hidup,
03 Nov 2011

Permohonan Dari Hati

Dengan NamaMU aku bermohon,

Ya Allah..
Semoga ENGKAU menganugerahi kekuatan yang lebih buatku hari ini, esok dan seterusnya.
Saat ini, tiada yang aku perlu selain rahmatMU sebagai pelindung untuk aku menghadapi deras dan kejamnya dunia ini.
Dan semoga barakahMU mampu menabahkan hati yang kian lara dan menyucikan jiwa yang makin kelam.

Ya Allah,
Tetapkanlah hatiku, buangkanlah segala keraguan yang bersarang,
Kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan-rayuan manis dunia dan seisinya,
Peliharalah aku dari dari pujukan yang melalaikan.

Ya Allah,
Ampunkanlah aku kerana telah terleka dengan keasyikan nikmat kurniaMU yang sementara,
Sudilah ENGKAU menganugerahkan kepadaku kecerahan mata hati, agar langkah ini tidak lagi bengkok..

Ya Allah,
Cabut dan lontarkanlah kesedihan yang kurasakan saat ini, sesungguhnya aku benar-benar tak mampu lagi untuk menempuhi..

Ya Allah,
Aku percaya dengan pengurusanMU untukku,
Maka dengan ini aku memohon petunjuk dan hidayahMU agar aku diberi ketenangan jiwa,
Jauhkan aku dari kesakitan yang melalaikanku dari mengingatiMU..

Ya Allah,
Saat mata ini terpejam, hindarkanlah ingatanku dari memikirkannya,
Hapuskan semua kerinduan ini,
Tepiskanlah segala kegundahan hati,
Hanya padaMU kuletak harapan ini..
Seandainya semua ini bukan yang terbaik buatku, maka ENGKAU pisahkanlah aku dari ingatan-ingatan ini,
Agar kusyuk aku mengingatiMU..InsyaAllah..

Mainan Hidup,
01 Nov 2011


"Andai jodoh itu datang dengan mudah maka sambutlah ia dengan mudah. Andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah yang terbaik buat anda. Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya sampai ke sudah, itulah RAHMAT TUHAN untuk memudahkan laluan anda ke syurga.."

Korban Hati

'Keinginanku bukan ketentuan Tuhan, kemahuanku bukan juga kehendak Tuhan. Cukuplah korban hati yang tak diperlukan, Bawalah dirimu pergi bersama kenangan semalam. Hati ini bukan lagi tempatmu, bukan tempat matimu..'


Kepada Tuhan aku meminta, patahkanlah sayap anganku.
KepadaNYA jua aku memohon doa, tabahkanlah hati rentan wanitaku..
Mungkin ini petunjuk buatku, insan hina yang penuh dosa.


Buat masa silamku,

Maafkan aku jika akulah punca semua ini terjadi..
Aku telah berusaha sedaya yang mampu untuk mempertahankan hati ini,
tapi aku gagal..walaupun ini pengakhiran cerita kita, namun aku berterima kasih untuk 88 bulan yang DIA berikan, mungkin bukan untuk kamu tapi hanya buat aku.
Tolong aku hapuskan kenangan itu, kerana ia hanya membekaskan luka yang parah.

Pergilah menghilang bersama duka pilu,
Tinggalkanlah aku tanpa kisah barumu,
Pergilah jauh dari mimpi indahku,
Jangan sesekali kau datang padaku..

Dan..terima kasih kepada perempuan itu,
kerana terlalu hebat sehingga mampu membunuh rasa kasih dan kesetiaan yang telah bertahun lamanya aku semai.
Ingat pada janjiku, akan kubuang kamu dari dalam hidupku, bukan untuk sementara tapi buat selamanya.
Terima kasih yang tak terhingga.


Mainan Hidup,
01 Nov 2011

BERITA SEMASA - 27 Oct 2011

GEMPAR - Seluruh padang hati telah ranap ditiup taufan yang tak diundang. Keadaan ini telah berlarutan selama 3 minggu berturut-turut. Semua penduduk telah diarahkan berpindah untuk mencari penempatan yang lebih selamat. Namun begitu, dalam kekacauan yang berlaku terdapat seorang pemuda bernama KAMU yang enggan berpindah. Apabila ditanyakan sebab, beliau hanya menjawab, "disini adalah tempatku, tempat matiku."

Mengulas kejadian itu, Puan Taufan masih menghindari ribuan persoalan yang diajukan pada beliau. Bagi beliau, permohonan maaf bukanlah perkara wajar yang harus dia lakukan.

A brilliant girl who keeps lying on me.


Sebuah kisah benar, diasaskan bukan dari cerita dongeng semata. Seorang perempuan yang tak layak digelar wanita. Ya, seorang perempuan yang memiliki segulung ijazah dan kini menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Dia perempuan taufan yang meranapkan seluruh padang hati. Perempuan tanah seberang.

Pandai tapi bodoh. Cerdik tapi bangang. Dialah perempuan itu. Perempuan yang lupa meletakkan rasa malunya bila berbicara, perempuan yang sengaja mencipta jurang dalam perjalanan hidupnya. Dialah perempuan itu. Perempuan tanah seberang.

Pembohongan dalam pengakuan. Wajarkah? Dia perempuan yang tak sedar kesilapan. Perempuan berkepala batu dan berhati busuk. Dialah perempuan yang berlari membawa pisau tajam. Menikamku dari belakang tanpa silu segan. Dia perempuan yang bersalut dosa. Perempuan tanah seberang.

Dia perempuan brilliant. Mahasiswi yang cerah masa depan. Namun sayang dia menggenggam bukan pada tangan, dia melangkah bukan dengan kaki. Dia perempuan tanah seberang. Teruskan lakon layarmu, aku akan membantumu dalam menjayakan filem pendekmu.

Akhir cerita cinta--

Aku tahu menginginkanmu kan menyiksa diri
Aku tahu merindukanmu kan menghiris hati
Namun aku juga tahu ada cinta yang terbiar tumbuh di atas tandus padang hati..


Aku tak akan bertanyakan lagi perihal cinta itu
Biarlah kenangan berlabuh di samudera bisu
Biarlah pintu hati tertutup diselubung duka pilu


Demi kamu,
Aku takkan menjadi kayu yang melintangi jalan hidupmu
Aku takkan menjadi taufan yang menghancurkan hari bahagiamu
Biar jawapan itu kau simpan dan semat dikalbu
Aku takkan bertanya dan mengingkari kehendak dan kemahuanmu
Kerana itu adalah milikmu


Gelodak jiwa ini bukan lagi untukmu
Untaian rindu dalam diri telah memuncak dititik jauh
Lantera hati telah kupadam dan kubiar beku
Kerana kau memilih untuk menjadi kisah silamku~


-- dan kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang bintang, juga disebalik langit hitam. Akan aku pasangkan sayap pada angan dan mimpi semalam, semoga esok ia kan pergi jauh bersama impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Maafkan aku..



Nadiah Ayub,
17 Oct 2011 [11.32 AM]


Bukan Curhat [Ep 5] ~


'Jalan kita tak sama, seru hati kita terlalu berbeza, apatah lagi impian masa muka'

.....

Berselang embun dengan mentari hingga cahaya jingga melapis mega, cebisan lara merosak rasa menjamah hati lalu kecewa. Begitu sepasang pancaindera merenung sengsara, pada denai yang penuh duka.
Bukan semalam mimpi kita bermula, malah usia sempat menangkap tua. Namun agendanya tetap sama, mendinding hati dengan langit kelabu, menghampar jiwa dengan angin terpilu.

Aku melintang di lebuh egomu, aku menjalar di landasan sepimu, biar esok datang lagi aku masih begini. Tersungkur dan membusuk. Terpinggir dan merana, dan engkau masih sama..


Wahai HIDUPku,
Aku ingin kau tahu, bahawa nafasku sudah duduk bersimpuh, dihujung nyawaku telah bacul dan lumpuh, lelah berlari mengejar bayang resahmu. HIDUPku, titian ini sudah rapuh. Mungkin ini tandanya rindu, pada tanah asalnya jasadku. Mohon terima salam maafku di setiap denyut nadi bahagiamu.



Nadiah Ayub


Linglung selalu



#Setiap malam aku meminta, setiap malam aku memohon doa, sehingga satu malam aku terlupa, sehingga kata-kata tak mengenal aksara, sehingga pesan singkat menjadi  P E M U S N A H ....


Tepat tersasar --


Mungkin kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang-bintang juga pada balik awan nan hitam. Dia dan juga dia bagai kaca yang kau nampak berkilauan. Sedang aku hanya dilihat sebagai kertas tanpa garis yang tak kau pandang. Cukuplah kesalahan rasa yang aku ciptakan ini.

Akan aku pasangkan sayap pada angan di garisan ultra lembayung senja nanti. Semoga ia kan pergi jauh bersama impian yang tak terzahirkan.

Di sini bukan tempatku, bukan tempat matiku.

General --

Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Maaf dipohon jika dan seandainya lagu yang berkumandang dalam blog ini membuatkan anda kurang selesa. Pada asalnya pemilik blog juga tidak meletak sebarang playlist kerana kurang minat pada lagu-lagu yang akan pop-up bila orang buat blogwalking. Lagu itu akan berkumandang sehinggalah pemilik blog ini menghabiskan paper final exam beliau. Sekali lagi maaf. Kepada yang kurang berkenan, sila klik pada button [X] di sebelah kanan atas.TQ.

Kepada silent readers yang mengikuti nopen Bukan Curhat, terima kasih kerana sudi membaca karya yang tidak seberapa itu. Oleh kerana kekangan masa dan juga ketandusan idea baru untuk meneruskan penulisan, pemilik blog terpaksa menyepi seketika untuk mencari ilham. Mungkin melalui MyNewsHub.heheh

Last but not least, selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Semoga kita mendapat keberkahan dan kemuliaannya ~

Introducing to you : The Exartmusthicate ♥




❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫


Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Dah 3 hari kawan aku promote lagu ni. Tapi aku ni bukan jenis yang mudah tertarik, maka hari ini barulah aku dapat mendengar sendiri playlist dari website official band ni. Tu pun sebab bila aku click pada tab gallery, rupanya aku kenal siapa empunya band ni. Cuba klik pada playlist di atas untuk dengar lagu losing you dari mereka. Anwy, kamu memang best!! Suka lagu losing you. Keep it up. Chaiyooo ~



KLIK sini untuk pergi ke >>>> Exartmusthicate Website<<<<

Yummy !!


*******************

Taraa! ok aku bukan ingin berbangga. Ini adalah Kek coklat tabur seteroberi. Huh, buruk sungguh nama yang diberi -_-"

Aku buadd sendirian berhad tauu. Kecuali Coklat before topping tu, my Darling Arumi Kiswantoh yang tolong masakkan.hee :)

Ohya, seteroberi tu adalah sumbangan ikhlas dari dia jugakk.TQVM awakk ^^

kek ni sedaap.cewaah.haha
terasa macam nk bukak tempahan pulakk.kehkeh




Ramadhan Tanpamu--

Bismillahirahmanirrahim ..

"Dengan NamaMu aku bermohon, semoga kedua ibu dan bapaku kau limpahi rahmatMu serta keredhaanMu. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Berkuasa, ampunilah dosa-dosa yang pernah mereka lakukan, semoga mereka sentiasa dalam lindunganMu. Ameen.."
Tuhan, mungkin sakit yang Engkau berikan ini sebagai tanda peringatan buatku. Mungkin juga sakit yang aku tanggung ini adalah sebagai tanda Engkau masih sayang padaku. Terima kasih Ya Allah.



Ketika sakit inilah aku terkenang kisah lalu, waktu itu aku sedang berteleku di dalam sebuah ruang kecil yang pada silingnya bertanda arah menuju ke kiblat.

Kala itu, airmata bukan setakat bergenang lagi, namun telah merembes tanpa segan silu dan malu. Tangan hina ini tiada henti bermohon supaya ibu disembuhkan. Bermula pada Ogos 2006 sehinggalah Ramadhan menjelma. Ibu masih sama. Ketika itu aku baru sahaja selesai menduduki PMR, dan ketika itu jua kenangan telah berubah menjadi mimpi buruk yang takkan aku biar terulang lagi. Biarlah itu aku simpan di dalam hati.

Selama sebulan aku berpuasa bertemankan bau ubat-ubatan dan suara manusia mengerang kesakitan, tak kira siang mahupun malam. Aku tak layak mengeluh kerana jika dibanding aku dengan ibu yang menanggung derita itu, dialah yang lebih layak.

Ketika itu aku benar-benar terjatuh. Bertubi-tubi masalah datang menimpa aku juga keluargaku. Mungkin itu adalah ujian Tuhan. Dalam jangka masa itu juga aku telah merancang untuk mencipta lembaran hidup yang baru. Bukan tanpa ibu tapi tanpa dia.

29 Ramadhan - Aku dan keluargaku menanti pengumuman Hari Kemenangan dari kaca tv hospital. Pemegang mohor telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya jatuh pada hari lusa. Maka genaplah sebulan aku menemani ibu di hospital.

1 Syawal - Keluargaku datang ke hospital dan kami menyambut syawal dengan ibu. Tanpa kuih raya, tanpa sanak-saudara, juga tanpa kampung halaman. Ketika itu aku melihat ibu masih sama. Belum pulih walaupun sedikit, malah lebih teruk dengan alahan yang menjadi-jadi. Namun kami masih sabar. Doa tak pernah putus untuk melihat ibu pulih seperti biasa. Dalam hati ini, aku sangat yakin ibu akan kembali ke rumah seperti dahulu kala.

2 Syawal - Keluarga dari kampung bertandang menziarahi ibu. Sesak dan memenuhi ruang ketika itu. Dalam hati sangat girang kerana masih ada yang ingat pada kami sekeluarga, apa lagi ibu. Namun terdetik di benak ini, apakah maksud semua ini?
Petang itu keadaan ibu semakin parah. Ibu mengerang kesakitan dan menangis. Antara kenal dan tidak pada suami dan anak-anaknya, ibu mula menyuarakan hasrat hati agar dikebumikan disebelah kubur arwah datuk. Ketika itu aku melihat ayah mengasingkan diri, jauh dari ibu, jauh dari kami dan keluarga. Petang itu ibu dimasukkan ke dalam wad ICU. Koma.

3 Syawal - Doktor mengarahkan supaya ayah membeli susu khas dari farmasi berdekatan. Susu itu bukan susu biasa, ianya bernilai RM75.00 satu tin kecil dan sukar untuk didapati. Seharian ayah keluar untuk mencari susu untuk ibu. Asar itu, jantung ibu berhenti. Doktor mencari ayah namun kelibat ayah belum kunjung tiba. Sehinggalah maghrib tiba, akhirnya ayah datang bersama plastik berisi setin susu di tangannya. Ketika dikhabarkan tentang keadaan ibu, ayah meluru masuk ke dalam wad ICU. Agak lama ayah berada di dalam, aku melihat susu yang ayah beli tadi masih belum diguna. Sayu hati ini bila mengenangkan ayah juga adik-adikku. Isyak pun telah lama berlalu. Tepat pukul 9.00 malam ayah memanggil aku, kakak dan adik perempuanku masuk. Ayah mengarahkan supaya aku membacakan Yassin dan mengajar ibu mengucap. Ketika itu aku melihat airmata menitis di pipi ibu. Ayah kata, pohonlah maaf dari ibu, dia pasti dengar. Aku dan adik-beradikku mula menangis. Pukul 9.09 minit malam, jantung ibu berhenti. Doktor menggunakan renjatan untuk merangsang degupan jantung ibu, Ini adalah kali ke-3 denyutan jantung ibu berhenti. 9.10 malam, doktor mengesahkan bahawa ibu telah tiada. Ketika itu, adik bongsuku tiba-tiba meluru masuk dan memeluk ayah. Aku melihat ayah tersandar lesu dan menangis, akhirnya ibu pergi jua. Hatiku tertanya-tanya, mengapa tiada satu pun doa dari keluargaku yang Allah makbulkan. Namun, semua itu tiada guna. Ibu telah pergi menghadap Ilahi.

Syawal itu dipenuhi dengan suara tangisan penuh syahdu. Begitu juga pada syawal-syawal seterusnya. Sehingga ke hari ini, genaplah Ramadhan yang ke-5 ibu meninggalkan kami. Ya Allah, semoga kau tempatkan dia bersama roh orang-orang mukmin --

Aku rindu ibu !!!!

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 4 ] --


" Jarak bukanlah pemisah, pandanglah pada bulan di atas sana. Walau kita jauh beribu batu, namun hakikatnya kita begitu dekat, kerana kita memandang pada bulan yang sama."

..........................

Serpihan malam menyapaku kelam. Butir-butir bintang telah usang bersama kegelapan. Angin lalu mendesah gelisah yang puas bertarung. Mungkinkah akan tewas lagi dalam keluhan resah ini.


"Bukan ini yang aku harapkan dari engkau. Aku faham bukan semua kemanisan yang pernah terjadi antara kita akan kekal selamanya. Namun pertemuan kita ini sudah dirancang, bukan satu kebetulan, Dia telah ciptakan apa yang terbaik buat hambaNya. Ini adalah kisah kita, tolong jangan hapuskan ia."


Aku sedar sekalipun baitku ini penuh laungan makna, ia takkan merubah apa pun yang lara. Malah ia akan terus kekal seperti semalam, terus membadai gelora yang menghempas hening di jiwa tabah. Lalu aku coretkan ini untuk dia, penghuni hati yang mungkin tak rela.


Buat kamu yang sedang terlena,
Izinkan aku titipkan cebisan kasih buat kisah yang terlupakan..
Bukan curhat yang aku cuba lampirkan, namun serpihan rasa yang mungkin tak kelihatan..
Tiada cara lagi mampu aku lakukan untuk meraih keyakinan itu
Mungkin sayap doaku telah patah di hembus angin dosa silam..

Kau adalah masa depan, bukan lagi lakaran impian ..
Jangan mendesak pada waktu yang memisah kita
Biarkan kelopak cinta itu bisu tak berkembangan
Biarkan duri hambar itu menujah rasa yang kedukaan

Keinginanku bukan kehendak Tuhan
Kemahuanku juga bukan ketentuanku
Wahai Raja DiHati
Terima kasih untuk darah yang membara,
Juga untuk kemelut rasa yang tak terhingga,
Ianya cukup buat aku mengerti,
Bahawa tak selamanya hidup itu indah..

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 3 ] --




'Pertautan ini berasal dari angan atas nama impian. Sungguh yang dirasakan adalah cinta, sayang dan rindu..'


Bilah-bilah hari tetap juga datang. Fikiranku tertumpu pada satu imbauan. Sebuah pertanyaan telah terjawab. Masa silam.

Madah bukan lagi kiasan bernyawa baginya. Ianya telah mati dilebur rasa keegoan. Mungkin benar jalan yang luas itu membawa kepada kehancuran dipenghujungnya. Fana dan tipu daya. Lalu, hanya diam yang menjadi kata kuncinya. Setiap kali aku menatap dada langit, seribu kali jua wajah itu menghantui diri.

" Jarak bukanlah pemisah, pandanglah pada bulan di atas sana. Walau kita terpisah beribu batu, namun hakikatnya kita begitu dekat, kerana..."

BERSAMBUNG~


Rasa ?

Pernah dengar ini?

"mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama di alam nyata, mungkin di alam syurga"

Atau ini?

"dunia bukan milik kita, jodoh pertemuan ditangan Tuhan"

Sedih? punah? kesal? kecewa? terluka? Emosi semata-mata. Rasa itu suatu nikmat. Dia memberi untuk kita hargai. Supaya tersedar bahawa hidup ini bukan selamanya indah.
Namun harus diingat, syurga itu pasti, yang tidak pasti itu adalah di mana tempat kita nanti. Kata-kata bukan sekadar aksara tanpa erti, satu kata mampu mengubah sebaris ayat dan seluruh makna. Ini bukan kelas bahasa, inilah yang disebut 'akidah' ~




MyNewsHub : Cinta Maya


Assalamua'alaikum dan Salam sejahtera..

Selamat pagi selamat malam,
Untuk pembaca yang dihormati sekalian,
Tak perlu bergaya tak perlu melaram,
Entry ini sekadar untuk pengenalan.

Dengar sini penduduk bumi,
Hari yang bersejarah telah tiba, di mana manusia yang bertanggunjawab memperkenalkan pemilik blog ini dengan Cinta Mayanya akan didedahkan identitinya.



Yes. Dialah individu yang dimaksudkan. Terima Kasih Aizat Safwan Amir, jasamu dikenang ~
Fyi, Beliau telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh MyNewsHub iaitu Share & Win, dimana beliau haruslah share berita-berita terkini dari laman web rasmi MyNewsHub dan update setiap masa. Hadiah begitu lumayan dan mengujakan ^^
Ramai yang telah berjaya, anda bila lagi? hehe

Kepada yang berminat, boleh klik TAB FREEBIES! ini laju-laju dengan kuasa internet semaksima yang mungkin. Semoga berjaya ;)

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 2 ] --




Ketika kota ini baru bangun dari lenanya, aku memandang raut senja itu. Tiada lagi rasa gelisah yang menjamah hati. Suaranya tidak lagi meluruhkan fitrah wanitaku. Gerak tubuhnya tidak lagi mematikan fikiranku. Aku merasakan ada sesuatu yang hilang. Mungkin ianya tak perlu dicari, lalu aku biarkan ia pergi bersama bayangan semalam.


"Nadiah.."
Suara bisu itu menyentak lamunanku. Mengapa ia kedengaran lagi setelah sekian lama aku cantaskan putik yang pernah meluruhkan semangatku? Begitu air jernih menitis tumpah dari sepasang tasik bundar, tersusun serumpun tangkai persoalan dalam benak yang mulai sesak. Baru aku sedar bahawa pergi dan meninggalkan itu adalah dua kata yang berbeza pengertiannya. Kau bukan kasihku yang hilang. Datanglah kepadaku, akan aku nukilkan sebuah cerita baru dalam kisah cintamu. Apa yang pasti, aku bukan perempuan itu.


Kau adalah sejarah, bukan lakaran impian. Cerita kini telah mengubah masa lalu. Walau belum tertimbun oleh sawangan masa, namun warnanya telah pudar. Berubah, sehingga tak kelihatan. Maafkan aku..



'Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti, dengan syurga ilusi..'


To Be Continue~

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 1 ] --



" Minat, suka dan cinta itu adalah 3 perkara yang berbeza."

'Kau tahu tak minat itu tak sama dengan suka? Dan suka itu bukanlah maksudnya kau cinta.'

Aku terdiam. Sepertinya aku sedang berada di tengah-tengah desakan padang buntu. Selama ini, aku menyamasifatkan ketiga-tiga perasaan itu. Selama ini apa yang aku tahu, aku hanya minat, suka dan cinta pada satu jasad sahaja. Ternyata pemahamanku salah.

Minat adalah perasaan yang tiba-tiba datang dengan imbasan masa singkat, dan rasa minat itu akan hilang apabila keadaan dan situasi kita berubah mengikut waktu. Minat adalah sesuatu yang tidak kekal lama. Suatu masa nanti ia pasti akan pudar dan terus menghilang.

Suka itu tidak akan wujud secara terus. Rasa suka itu hadir sedikit demi sedikit dan ia akan mengambil masa yang lama untuk kita menyedarinya. Suka bukanlah cabang daripada rasa minat. 2 perkara itu tidak berdiri di bawah satu emosi yang serupa. Ianya nyata berbeza.

Cinta? Cinta itu lahirnya dari lubuk hati yang paling dalam. Jika kau benar cinta, rasa bosan dan muak itu takkan pernah wujud. Cinta tak perlu diucapkan. Cinta tak perlu dizahirkan. Kerana tempatnya adalah di dalam hati, jauh bersembunyi, terang tapi tak tercari. Percaya atau tidak itu bukan kerja kau, kau hanya perlu lalui dan rasakan sendiri. Itulah yang dinamakan pengalaman.

Masih terngiang pada ingatanku gamitan peristiwa itu. Kata-katanya sangat memberkas di dalam hati. Semalam, ketika aku melihat wajahnya setelah sekian lama tak bertemu, aku merasakan seolah-olah ada rindu yang terubat. Rindu yang aku tak sedari. Rindu yang aku tak tahu tunas putiknya.


'Kau percaya tak, aku boleh miliki hati kau dan bawanya pergi bersamaku jauh dari diri engkau?'


Fikaranku terhenti seketika. berpintal-pintal lalu kusut.



To Be Continue ~

Wanita & Kecantikan


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

" Hati nurani seorang wanita tak berubah oleh waktu dan musim. Bahkan jika mati abadi, hati itu takkan hilang murca. Hati seorang wanita laksana sebuah padang yang berubah menjadi medan pertempuran...sesudah pohon-pohon ditumbangkan dan rerumputan terbakar dan batu-batu karang terbakar memerah oleh darah dan bumi ditanami dengan tulang-tulang dan tengkorak-tengkorak, ia akan tenang dan diam seolah tiada sesuatu pun terjadi, kerana musim semi dan musim gugur datang pada waktunya dan memulai pekerjaanya."



❤♪♫•*¨*•.¸¸REARRANGEMENT Of ANSWER THAT HAD BEEN GIVEN¸¸.•*¨*•♫♪❤

Saudara : Dalam slide yang saudari bentangkan sebentar tadi, terdapat ciri-ciri wanita zaman jahiliah. Pada pandangan saya, wanita zaman sekarang mempunyai ciri-ciri tersebut. Apa komen saudari?

Saudari : Terima Kasih Saudara. Saya bersetuju dengan pandangan yang saudara berikan itu. Menurut saya, sebagai seorang muslim yang sudah pun mumayyiz dan menggunakan akal dengan adil, hukum-hukum berpakaian yang telah disyariatkan oleh Islam telah pun diketahui pada umumnya. Sebagai contoh, wanita-wanita tersebut telah pun mengetahui apakah hukuman dari perbuatan yang mereka lakukan, tetapi mereka masih tidak mematuhinya. Pada saya, itu adalah urusan antara dia dengan Tuhan.
Sekalipun kita telah melontarkan kata nasihat dan teguran, namun apakah kita mampu mengubah mereka? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, pasti teguran dan nasihat itu dikunci dengan jawapan yang biasa kita dengari :

" Hidayah tak sampai lagi la, takpe la ye.."

❁ " Pintu hati tak terbuka lagi ni..InsyaAllah kemudian ye.."


Namun, saya ada jawapan untuk membuka kunci-kunci tersebut ;)

Pertama,cuba saudara bayangkan, saudara menaiki kereta untuk pulang ke rumah saudara. Namun, saudara tidak memandu kereta itu dan hanya duduk diam dengan harapan saudara akan sampai ke rumah. Adakah saudara akan sampai ? Tidak.

Kedua, andaikata saudara sampai, untuk masuk kedalam rumah saudara, haruslah memusing tombol pintu rumah. Namun adakah saudara akan berjaya masuk ke dalam rumah seandainya saudara tidak membuka pintu itu sendiri dan hanya berdiri di luar dengan harapan dan niat untuk masuk ke dalam? Tidak.

Mari kita melihat dari sudut pandangan yang berbeza.
Dengan menggunakan pendekatan yang pertama, saudara tidak akan sampai ke destinasi saudara jika tidak memandu kereta saudara. Begitu juga dengan hidayah. Hidayah tidak akan sampai kepada manusia sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ingat saudara, Allah hanya akan kurniakan hidayah bagi mereka yang beriman kepadaNya. Adakah kita ini sudah cukup beriman untuk menanti sahaja hidayah Allah datang bergolek?

Melalui pendekatan kedua, saudara tidak akan berjaya memasuki rumah kerana pintu rumah saudara masih tertutup dan pintu itu tidak akan terbuka jika saudara tidak memusing tombolnya. Begitu juga hati kita. Adakah hidayah itu akan memasuki hati kita sekiranya kita tidak membuka pintu hati kita? Tidak. Sepatutnya, kitalah yang membuka pintu hati kita sendiri untuk menerima segala nasihat dan teguran yang baik.

Itulah perkara yang harus dilakukan oleh seorang wanita muslim. Bagaimanakah yang dikatakan ciri-ciri seorang wanita muslim itu?Adakah Islam pada nama dan Mykad sudah cukup membuktikan bahawa kita ini adalah seorang Islam? Saya tinggalkan saudara dan saudari sekalian dengan persoalan ini. Semoga yang baik akan dijadikan tauladan dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Inniakhofullah~


Life macam brand Sos Cili tu. Manis tapi pedas~

What a bad day -_-"

boleh tidak aku suarakan rasa kesebalan yang makin membengkak?
everything turns to be suck!
dengan karenah senior yang bukan macam senior plus hasil kerja tak berkualiti tanpa perbincangan..resultnya = WORST!

Phone aku lagi bengong. Kenapa kau bisu haa?Bukan aku tak kasi makan. 5 hari dah weii -__-
Aku lapar. Out untuk mengisi perut --


R E B A H --

Buat kamu,

Aku menitip dengan gemuruh rasa sedih,
Aku berserah dengan pilu bertalu sunyi,
Biarlah jejak ini tak kelihatan dan terkunci,
Biarlah bebayang ini menghilang dan tak tercari --





" R a h s i a H a t i b u k a n u n t u k d i k o n g s i k a n, b u k a n j u g a u n t u k d i c e r i t a k a n. B i a r k a n i a t e r s e m b u n y i s e h i n g g a n a n t i p a s t i a d a y a n g m e n c a r i. "

MNH Hari ini --




BERITA UTAMA

16 Kubur Islam Kiara Tidak Menghadap Kiblat Dipindahkan
Kuala Lumpur-Kerja-kerja menggali semula dan memindahkan 16 buah kubur penganut Islam yang tidak dikebumikan tidak mengikut arah kiblat...Baca lagi...


Mahkamah Tolak Hasrat Lelaki Transeksual Bertudung Tukar Nama
Kuala Terengganu-Mahkamah tinggi disini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukar nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina 2 tahun lepas.Baca Lagi...

BERITA TERKINI


Makhamah Tolak Murtad Seorang Ustazah Lulusan Al-Azhar
Putrajaya - Mahkamah rayuan disini hari ini menolak permohonan seorang pengikut ajaran sesat Ayah Pin untuk dapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menganut mana-mana agama. Baca lagi...


Lelaki Disamun Ketika Buka Pintu Pagar
Kuantan - Seorang lelaki kerugian wang tunai RM3000 serta jam tangan bernilai RM11000 selepas disamun 3 lelaki bermotosikal di Lorong Alor Akar pada pukul 1.30 pagi semalam. Baca lagi...


Pasar Raya Digital Di Korea Selatan
Tokyo - Rangkaian Pasaraya Home Plus di Selatan Korea (Tesco), telah mencipta pasaraya digital di stesen metro (stesen keretapi). Baca lagi...

Klik SINI untuk pelbagai berita menarik lagi ;D

Aksara Rindu -__-

2 days passing day-silently




Dada langit cukup kesuraman
Tanpa bintang yang beserakan
Tanpa awan yang berbalam balam

Begitu diri sedang meneka makna
Dalam aksara rindu yang bertamu
Namun semua hanya sia sia
Kerana penghujungnya cuma ada kekalutan rasa

Wahai Raja Dihati
Terima Kasih untuk darah yang membara
Juga untuk kemelut rasa yang tak terhingga
Ianya cukup untuk aku mengerti
Bahawa hidup bukanlah selamanya indah --

MNH --


BERITA UTAMA

AL-Fatihah : Dr Lo' Lo Meninggal Dunia
Kuala Lumpur-Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Datuk Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat kompilasi kanser sebentar tadi. Beliau dilaporkan meninggal duni sekitar pukul 10.25 malam. Baca lagi...


Kes Rogol Kanan-Kanak Makin Membimbangkan
Kuala Lumpur-Kes jenayah rogol ke atas golongan kanak-kanak kian membimbangkan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lim Lam Thye. Baca lagi...

BERITA TERKINI

Pesawat Baru MAS Airbus A380 Janjikan Kemewahan
Kuala Lumpur-Cuba bayangkan diri anda sedang merehatkan kaki di bangku mewah atau mendapat urutan...Baca Lagi...

Penarik Kereta Mendakwa Ditampar Polis
KuantanSeorang penarik kereta mendakwa ditampar tanpa sebab oleh seorang pagawai polis ketika sedang membuat laporan. Baca Lagi...

Wanita Sarat Mengandung Maut
Kulim-Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan bapa mertuanya parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir dipersimpangan lampu isyarat Taman Selasih disini, Sabtu. Baca Lagi...

Safee Penyelamat Maruah Harimau Malaya
Kuala Lumpur- Mohd Safee Mohd Sali yang muncul sebagai wira pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan antara Malaysia dengan Liverpool petang ini dengan dua jaringan gol.. Baca lagi...


Klik SINI untuk pelbagai berita menarik lagi ;D

❥MyNewsHub : Kau Ilhamku~



Ini adalah buat Readers juga Bloggers yang dikasihi..

Sedang mataku menelaah saf-saf frasa yang penuh informasi, terdetik dibenakku : Andai manusia itu mampu bercerita tentang kenangan, berkarya dengan imaginasi, dan bekerja dengan kenyataan, disitulah wujudnya kebenaran. Kerana hasilnya terbit dari pengalaman yang nyata, bukan karya yang sia-sia dan tak berharga.

Kenyataan itu merupakan FAKTA yang aku temui sejak aku dipertemukan dengan MyNewsHub --
Lalu aku menjadikannya sebagai pencetus ilhamku untuk berkalam dengan kebenaran, bukannya kata-kata yang disalut dengan kepalsuan.

Dialah Ilhamku, Dia juga Pencetus Inspirasiku.

Terima Kasih MyNewsHub, kerana dirimu begitu berharga.

(◕ ‿‿ ◕)

Cetusan barakah buat pembaca sekalian, marilah kita meluaskan horizon pemikiran kita dengan mencelikkan minda pada medium informasi yang bijak bermanifestasi. MyNewsHub bukan lagi satu nama yang asing bagi para intelegensia. Bilangan pembacanya sudahpun mencecah angka 56,000 secara puratanya. Apa lagi yang kita cari dan tunggu? Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengubah pandangan sarwa kita supaya sentiasa relevan dengan kehendak zaman.



♪♫•*¨*•.¸¸A p a i t u MyNewsHub ?¸¸.•*¨*•♫♪

MyNewsHub telah membawa satu perubahan yang bitara dalam saluran berita online. Ia merupakan sebuah portal berita yang menjadi medium informasi dan menggabungjalinkan isu-isu semasa samada dari dalam negara mahupun luar negara.

FAKTA tentang MyNewsHub:

Ia disampaikan dalam dua bahasa perantara iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Menyajikan kita dengan pelbagai aktiviti yang mengaplikasi simbiosis diantara dua pihak iaitu para pembaca dengan pihak MyNewsHub itu sendiri.

Sebuah rangkaian percuma yang membenarkan setiap pembacanya mendapat input yang up-to-date sepanjang masa.

Menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan Antara aktiviti yang MNH anjurkan adalah seperti Give Away dan juga Contest(s) disamping hadiah-hadiah yang cukup lumayan untuk dimenangi. Sebagai contoh, pihak MyNewsHub sedang menganjurkan sebuah peraduan Advertorial Memang Best!, di mana ganjaran yang disediakan untuk para pemenang berupa iPod Touch dan juga GiftCard Petronas.

Percaya atau tidak, MyNewsHub mampu menjadi motivator kepada kita untuk mencapai keinginan yang kita hajati. Jadi tidak hairan dan tidak peliklah jika angka puluhan ribu itu akan mencecah menjadi jutaan pula ;)

Hebat bukan? Jangan ketinggalan untuk menyertai kami. Jom sertai MyNewsHub sekarang!


Klik BANNER di bawah untuk ke pautan contest tersebut ;)



Jom ke Twitter untuk Follow MyNewsHub dan Page FB MyNewsHub untuk
LIKE disamping update isu semasa serta dapatkan Give Away anda ~

-----------------------------------

"Dengan Nama Allah Yang Maha Besar, Jadikanlah kebaikan untuk hambaMu dari setiap aksara dari ketipan jemariku. Semoga janganlah ada dari kalangan mereka yang terlalai dan tersesat dek kata dan penulisanku. Semoga Allah memberkati. Perkenankanlah."

Naif


Kebisuan hati tak terkendali . Sehingga kelabu hati yang merindu.
Bidadari hati menahan lirih, kulepas sayapmu terbanglah menjauh --