Tersedar

Pecah lagi benteng rapuh itu
Dirempuh bah yang tak putus sudah
Habis basah seluruh padang hati

Memang sifat manusia tak pernah puas.
Menyayangi kemudian menyakiti.
Memiliki kemudian tak menghargai.

Katanya, redha itu Ikhlas pasrah itu menyerah.
Wajah ini menguntum senyum tawar.
Menyerah?
Kerap sekali ia meniti di bibir ini.
Adakah selama ini aku tidak pernah redha, Tuhan?
Adakah semua yang terjadi adalah kerana aku tidak ikhlas, Tuhan?
Jawab aku Wahai Pencipta.
Dan tolong hentikan aku dari terus memendam luka yang parah.

Tuhan, aku sedar aku bukan insan mulia
Diriku hina bergelumang dosa dunia
Jiwaku kotor terpalit nafsu serakah
Apakah penderitaanku selama ini bukan ujianMu?
Adakah semua ini cuma balasanMu Tuhan?
Sungguh..sungguh ia menyedarkan aku.
Sungguh memang benar..bahawa bukan semua kenyataan itu indah.

Dan cinta..adalah misteri yang aku tak pernah tahu akhirnya.
Semoga semua ini petunjuk tepat dariMu buatku.
Cukuplah kepahitan rasa yang terpaksa ku telan.
Izinkan aku bahagia untuk sisa hidup ini Ya Allah.

Aku tahu, tuhan tak pernah salah.

[ That's right, what we give we will get back]

No comments:

Post a Comment