22 Oktober 2014




I HAVE NOTHING TO OFFER YOU EXCEPT MY HAPPINESS, 
THANK YOU DEARY MUCH!

OFFICIALLY BY: FK

Semoga


"Salam buatmu,
Kekasih rahasia Tuhan
Wildan tak bersayap
Denganmu agama menggenap

Semoga

Kelak suatu waktu 
Kita berbagi sejadah rindu
Meski tika ini
Beratnya rindu hanya ditebus
Pada Yang Maha Rindu

Engkau

Semoga engkau
Tetaplah engkau
Imam pertamaku
Dalam jemaah kalbu.." -- FK


Perlahan



Mohon sedikit perlahan
Sebab aku perlu faham
Kenapa perlu jadi biasa

Sedang aku di sini
Cuba untuk melainkanmu
Daripada apa yang sama disisiku

Mohon sedikit perlahan
Sebab aku belum faham.


Nadiah Ayub


Bahagia


Jika kau rasa bahagia ada dengan dia
Maka berangkat segera

Kerana aku sudah biasa
Memaksa hati untuk terima semua

Semoga
Bahagia.


Nadiah Ayub

Julai


Aku perlu waktu
Untuk merenung setiap sebab terjadinya begini
untuk mencari alasan atas alasan dari setiap pelarian yang kau pilih

Aku perlu ruang 
Untuk meluaskan kesempitan hati yang kian semak di samun sepi
Untuk menambah baik setiap sudut cela yang terlepas pandang oleh mata hati

Aku perlu menjadi diam
Untuk terokai makna yang paling dalam
Untuk jelaskan mengapa pengalaman tak mampu mengajar kita,
untuk saling menjaga dan berlalu pergi meninggalkan.


Nadiah Ayub

06 Julai 2014



Tuhan
Aku sedar
Bukan semua rinduku boleh dibalas
Bukan semua doaku sampai ke atas
Tapi aku tanpa malu dan ragu
Masih memohon kepadaMU
Masih merayu kepadaMU

Saban hari dan malam
Tiap kedung mencium sejadah suram
Tiap doa yang kuselit sebelum salam

Kerana 
Hanya ENGKAU yang mampu mengirim gelombang dalam diam
Menggetar pemilik hati yang telah lama diam

KepadaMU kuratib zikir rindu walau lemas kutenggelam
Sekalipun mati,
Aku mahu perasaan ini diredhaiMU,
Tuhan.


Nadiah Ayub

07 Julai 2014



08 Ramadhan 1435H | 0042 AM

Tunggula suatu saat
Bila semuanya sudah siap
Bila aku sudah kuat
Barulah aku relakan kau seluruhnya
Barulah aku lepaskan kau selamanya

Kerana kasih sayangku Lillah untukmu
Kerana bahagia wajar buatmu

Meski bukan denganku


Nadiah Ayub

04 Julai 2014

06 Ramadhan 1435H | 0331 AM

Biarlah
Siapapun kini yang kau cinta
Siapapun kini yang kau tuju
Masih jua kau yang aku rindu
Masih jua kau yang aku mahu

Masih juga kau seorang, FK.



Nadiah Ayub

23 Mei 2014

Selamat Ulang Tahun, Kegemaran

Semoga akan bertambah lebih baik kehidupanmu
Semoga diberi kesihatan yang panjang
Semoga bahagia kan selalu berdampingan
Semoga menjadi kaya raya

Dan,

Semoga kamu tetap satu satunya lelaki yang di cinta
Semoga kamu tetap ada di hati setiap masa.

Semoga kita berjodoh hingga ke akhir nyawa.

Selama Hari Lahir, FK.


Nadiah Ayub

08 Mei 2014

Syukur


Alhamdu Lillah
Terima Kasih Ya Allah
Untuk setiap doa yang dimakbulkan
Untuk setiap rindu yang disampaikan
Untuk setiap kalimah yang dinyatakan

Terima Kasih Ya Allah
Kerana mendengar hasratku
Kerana mengekalkan setiaku
Kerana menambah rasa cintaku

Izinkan kami Ya Allah
Bersatu dengan keredhaanMU
Bersama dengan apa yang halal padaMU

Izinkan kami Ya Allah
Membina istana dengan keberkatanMU

Izinkan kami Ya Allah.


Nadiah Ayub

08 Mei 2014

Sayang


Bukan sekali dua
Tapi berkali kali sayang yang ku dengar
Bahagia, sudah pasti.

Mohon maafkan aku
Yang tak mampu membalas panggilanmu
Bukan aku keliru
Aku cuma tak tahu
Bagaimana untuk berterima kasih pada Yang Maha Satu
Kerana mendengar doa doaku

Ingatlah
Biar aku kau tinggal sendiri
Aku rela perjuangkan setia ini
Kerana
Hanya kau lelaki terakhir yang aku gemari

Aku masih menanti disini
Untuk cinta buatmu yang akan ku abadi - FK


Nadiah Ayub

05 Mei 2014

Biar


Biarlah
Biarlah aku bernafas dalam khayalku
Mencintaimu sampai yang aku mahu
Menyimpanmu sedalam hati selama yang perlu
Merindumu setiap waktu yang berlalu dan dimasa depanku
Membayangkanmu ada denganku
Mengharapkanmu kembali padaku

Biarpun aku tahu kau tak lagi mahuku
Biarpun aku tahu aku perlu menjauh
Biarpun yang luka parahnya nanti hanya aku

Biarlah aku begini dahulu
Aku masih mampu untuk menjaga hatiku untukmu
Meneruskan cinta dan rindu sendiri tanpa jemu

Aku masih mahu bermimpi untuk selamanya denganmu
Biarlah.


Nadiah Ayub

13 April 2014

Tumor Rindu

Aku mahu ke sini selalu
Ke tempat kita pernah bertemu
Kita duduk di sebiji batu
Melihat laut yang tak biru
Melihat langit yang tak kelabu

Aku mahu ke sini selalu
Supaya aku dapat membayangkanmu
Duduk disebelahku

Aku mahu rasa itu
Masih menetap dijiwaku
Sehingga kini
Sehingga waktu ini
Sehingga aku tak pasti

Aku mahu menjadi penanti
Aku mahu menjadi pencintamu yang abadi
Meski kau tak pernah peduli
Meski kau telah khabarkan kepada semua dengan pasti
Tentang kita yang sudah tak bersama lagi
Tentang impian kita yang tak menjadi

Setelah 13 hari sendiri
Maka aku rasa kecamuk jiwaku perlu rawatan mandiri

Kerana itulah aku mahu selalu ke situ
Untuk khayalkan rutin kau dan aku
Untuk memandang bayanganmu
Yang selalu memeluk hatiku
Dengan kemoterapi tumor rindu


Nadiah Ayub

02 April 2014

I


Pernah
Dengan melihatmu saja mampu buat tidurku lena
Dengan melihatmu saja mampu buatku ke singgahsana 

Namun
Melihatmu sekarang ini airmata sering tumpah
Melihatmu lagi buat lenaku tertunda
Melihatmu juga semakin rinduku jadi parah

Bagaimana?


II


Andai keadilan cinta boleh dibeli manusia
Biar aku yang pertama memilikinya
Dengan apa jua aku sanggup membayarnya

Harta?
Maruah?
Atau,

Doa saja?

Aku mahu keadilan cinta
Supaya aku tak perlu lalui rasa kecewa berganda
Supaya cintaku saling dibalas cinta
Supaya hati itu tak akan berubah
Walau tak selalu bersama
Walau banyak curiga
Supaya aku yakin ada yang setia

Aku mahu keadilan cinta
Namun ini cuma angan yang terlewat aku cipta
Kerana,
Tak mahu aku saja yang mencinta
Tak mahu aku melupakan dia

Dia bagiku istimewa
Yang mampu buatku rela terima apapun adanya dia
Yang mampu buatku membuka hati semula
Biarlah dia saja manusia terakhir yang aku cinta
Mahuku sampai bila bila

Semoga bahagianya tak akan mengubah rasaku untuknya
Semoga dia tetap manusia yang aku cinta
Semoga dia tetap menjadi yang paling indah
Semoga dia tetap menghuni hatiku setiap masa
Sdemoga dia tetap pemilik rinduku sampai bila bila
Semoga dia tetap lelaki kegemaranku selamanya


Nadiah Ayub

31 Mac 2014


Kita ini
Kisah kita ini

Aku simpan ditempat yang paling dalam
Ditempat mana aku sendiri tak akan datang
Untuk membawanya pulang

Kita ini
Kisah kita ini

Mari kita asingkan dan benam paling dalam
Ditempat mana kita berdua tak akan datang
Untuk mengambilnya pulang

Kita ini
Kisah kita ini

Mari kita sudahkan dengan senyuman cinta yang paling dalam
Supaya kita terus tenggelam
Dan tak akan sesekali mencuba terapung untuk kembali pulang

Marilah kamu wahai kegemaran
Kita saling senyum dan terbang ke awan
Di mana kita saling tak dipertemukan
Supaya tiada luka yang dapat mencacat celakan

Marilah terbang wahai kegemaran

Meski mengalir airmata melepas cinta rekayasa.


Nadiah Ayub

29 Mac 2014


Kalaulah,

Hati itu akan hancur setiap kali kecewa bercinta
Maka hati aku pasti sudah tiada rupa.
Pasti hati aku tidak boleh diguna semula.

Bukan atas alasan terlalu kerap bercinta
Bukan juga kerana sering kecewa.

Tapi,
Aku ini bila sekali mencinta
Aku akan benar benar cinta.
Jadinya,
Bila sekali kecewa
Aku akan benar benar kecewa.

Sungguh,
Aku masih gagal untuk faham,

Mengapa mereka yang sangat dicinta,
Tidak membalasnya dengan bahagia?
Sebaliknya,
Meninggalkan dengan luka dan airmata?


Nadiah Ayub

29 Mac 2014

I


Serius,
dalam hal yang satu ini
aku gagal untuk faham.
Kenapa kau lebih memilih sepi
lebih dari kekasihmu sendiri?

Mungkinkah,
sepi itu lebih membahagiakan dari aku?

Kalaulah aku lelaki,
aku takkan biar kekasihku merindu sendiri.
Sebab aku tahu, dia pasti sedih.


II


Kau tahu?
Rindu yang tidak berpenghujung cuma ada dua alasan mati.

Pertama,
kerana rindu itu untuk yang tak jemu berbagi kasih.
Kedua,
kerana rindu itu tak pernah dipeduli.

Rinduku?
Aku juga keliru.

Dimana letaknya kau rinduku?
Yang selalu berbagi kasih?
Yang tak pernah dipeduli?

Atau,

Yang sudah jemu oleh kekasihnya sendiri?

Ah intuisi ini. 
Mohon jangan pesimis dalam soal rindu dan hati.


Nadiah Ayub

27 Januari 2014


Ada sebab mengapa Tuhan hadirkan seseorang itu dalam hidup kita.
Samada kita yang akan mengubah hidup seseorang itu
atau seseorang itu yang akan mengubah hidup kita.

Tanpa berat hatinya,
aku terima dirimu.

Jika benar kau adalah jodohku, maka dengan izin Yang Kuasa
aku hanya untukmu.

Tapi,
jika kau hanya ujian dariNYA,
aku redha.


Nadiah Ayub