13 April 2014

Tumor Rindu

Aku mahu ke sini selalu
Ke tempat kita pernah bertemu
Kita duduk di sebiji batu
Melihat laut yang tak biru
Melihat langit yang tak kelabu

Aku mahu ke sini selalu
Supaya aku dapat membayangkanmu
Duduk disebelahku

Aku mahu rasa itu
Masih menetap dijiwaku
Sehingga kini
Sehingga waktu ini
Sehingga aku tak pasti

Aku mahu menjadi penanti
Aku mahu menjadi pencintamu yang abadi
Meski kau tak pernah peduli
Meski kau telah khabarkan kepada semua dengan pasti
Tentang kita yang sudah tak bersama lagi
Tentang impian kita yang tak menjadi

Setelah 13 hari sendiri
Maka aku rasa kecamuk jiwaku perlu rawatan mandiri

Kerana itulah aku mahu selalu ke situ
Untuk khayalkan rutin kau dan aku
Untuk memandang bayanganmu
Yang selalu memeluk hatiku
Dengan kemoterapi tumor rindu


Nadiah Ayub

No comments:

Post a Comment