Eid Milad Ya Ukhti

Once upon a time, there was a girl name Iliy Nazifah. She was born in 19th century. As she grow up, the name slowly forgotten, and she become someone else, who is so tall and brilliant. Thanks god, she still my little sister. My little naughty sister.
Very-known as CENCOROT PUTIH =,=
And tomorrow is her birthday.
EID MILAD ya ukhti :)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Buat satu satunya adik perempuanku,

Setelah hari ini, maka berikan dirimu satu senyuman dari hati.
Kerana setelah hari ini, dirimu telah berjaya menempuhi sepertiga jalan ujian duniawi.
Walaupun kadangkala nafsu dan amarah menguasai, namun kau tahu Allah selalu menemani..
Dan kau pun dapati dirimu masih dalam keadaan bersih berkat peliharaan Tuhan Yang Maha Melindungi. Alhamdulillah..

Adikku,

Mungkin kau belum lihat betapa besar amanah yang diberi. Mungkin kau belum rasa betapa beratnya tugasmu sebagai hamba yang sentiasa diuji. Apa yang telah kau lalui sehingga hari ini adalah sekecil kecil dugaan dari sebesar besar ketetapan Ilahi. Maka kau persiapkanlah dirimu untuk menghadapi hari depan yang pasti. Semoga langkahan harimu sentiasa dipenuhi dengan rasa sedar diri dan sentiasa ingin memelihara hati suci.

Adikku,

Aku mengenalmu ketika usiaku 4 tahun. Namun kita belum cukup dewasa setelah berpisah ketika aku 11 tahun. Jarak telah mencipta sedikit jurang mesra antara kita. Kerana itu, hanya perbalahan yang menjadi teman permainan berdua. Setelah itu, kita makin terpisah. Aku tidak mendiami rumah kita, namun kau seperti puteri diistana. Itu adalah kerana hanya dirimu yang menjadi teman ibubapa.

Adikku,

Ujian dunia sentiasa menguji dalam kehidupan ini. Setelah itu, mama pula telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ketika itu sungguh aku merasa sedih, kerana mama tinggalkan kita dengan seorang bapa yang memiliki 4 permata hati. Apalagi dengan seorang puteri dan seorang lagi anugerah usrati. Engkau sebagai puteri, dan adik kita sebagai anugerah usrati.
Sungguhpun begitu, namun aku sungguh berbangga diri. Kerana aku mempunyai adik adik yang tabah hati. Aku juga memiliki seorang kakak yang sangat memahami. Ditambah lagi dengan seorang bapa yang sangat kita sayangi.

Adikku,

Walaupun bukan kata sakti yang sentiasa lahir dari bibir ini, walaupun bukan ungkapan indah yang sentiasa aku beri, namun ketahuilah itu bukan tandanya aku tidak menyayangi. Seluas luas lautanNya di wajah bumi, sebesar besar alamNya yang terbentang dibawah telapak kaki, dan setinggi tinggi langitNya yang tak mampu kita kecapi, maka kasih dan sayangku lebih luas, besar dan tinggi dari yang kau bayangi. Maafkan aku kerana terlambat mengubah diri, menjadi contoh yang terbaik buat adik adik sendiri, maafkan aku juga kerana baru kini aku sedari, bahawa aku miliki adik adik yang telah lama bertapak dalam hati.

Dan hari ini adikku,

Allah telah menambah lagi usia duniamu. Allah telah membuka satu lagi pintu untuk kau tuju. Dan harus kau ingat selalu, setelah kau melangkah ke situ, jagalah akhlak dan peribadimu. Jangan biarkan yang bukan hakmu menyentuh. Ingatlah, kau ada bapa yang menjagamu, membesarkanmu, memberi makan minummu. Ingatlah, jasad yang berjalan dan tertidur itu adalah milik bapa dan mama. Roh yang menghidupkan dan memberi kau peluang untuk terus merasa indahnya ciptaan adalah hak milik Allah yang satu. Maka jagalah kedua dua amanah itu.


Tiada yang lebih baik di dunia ini selain menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Gunakanlah segala kelebihan yang ada dijalan kebaikan, bukan hanya untuk dirimu tapi untuk seluruh makhluk Tuhan.

Setelah kau membaca ucapan ini, maka segerakanlah dirimu menadah kedua tapak tanganmu, dan berdoalah kepada Allah tanda kau bersyukur atas kurniaan umur yang panjang. Kemudian, teruskan berdoa lagi, agar Allah memberkati usia lalumu dan memberimu keselamatan untuk usiamu yang mendatang. Semoga Allah melindungimu. Barakallahu fi umrik wa hayat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, adikku.

Kakakmu,

Aufa Muaz (INA)

somewhat somehow somebody


***

“Gelodak jiwa ini bukan lagi untukmu, untaian rindu telah memuncak dititik jauh, begitu lantera hati telah kupadam dan kubiar beku, kerana kau lebih memilih untuk menjadi kisah silamku..bahagialah”

Monolog

Hari ini aku belajar
Mengenal apa itu makna alif yang sebenar
Setelah berjanggut dan berkedut barulah ku tahu kenapa hidup perlu bersandar

Soalnya,
mengapa masih bertatih bila kau mampu berjalan?
mengapa masih berjalan bila kau mampu berlari?
mengapa masih berlari bila kau mampu terbang dengan laju dan lebih tinggi?

Lalu aku menjawab setiap satu dari pertanyaan itu

Aku bertatih kerana terjatuh setelah aku dibiarkan
Aku tak berlari kerana keadaan membuat aku untuk terus menghayun langkah perlahan
Dan bila aku masih berlari ketika yang lainnya sudah terapung di langit ciptaan, itu kerana kemampuanku telah sampai disempadan

Segaris senyuman melakari seulas bibir menawan

Katanya,
Sayang
Kenapa menahan rasa bila kau harus pamirkan
Kenapa mencipta derita bila kau mampu bahagia
Tahukah kau sayang,
Tiada yang lebih beruntung selain menjadi hamba yang selalu bersyukur
Engkau dicipta sebaik baik kejadian
Maka tiada kata hina yang sepatutnya dilemparkan

Ingatlah sayang,
Jika tiada sudah yang sudi mendengar curhat hatimu
Jangan kau bimbang dan berjauh hati
Jika semua telinga yang kau percaya sudah memekakkan segala
Jangan kau sedih dan memencil diri
Kerana kau punya satu yang lebih besar dari semua itu
Tuhanmu Yang Maha Mendengar
Dia juga Tuhanku Yang Maha Mengetahui
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hambaNYA
Maka jangan bersedih lagi, sayang!

Noktah Bidayah --


Wahai Tuhanku,

Hari ini sekali lagi siklus hidupku berubah

Satu angka telah melonjak membuatku semakin tua

Maka semakin itu jualah aku menghampiri khatimah hayat didunia fana


Dan aku meneliti setiap helaian dari ensiklopedia lama

Tentang watak yang sering berubah-ubah

Tentang sepotong ayat yang belum pernah terlaksana

Tentang mimpi ngeri yang menjadi nyata

Tentang airmata yang jatuh dari takungan sama

Tentang tumbuhan yang tak sudi lagi berbunga

Tentang fikiran kolot yang masih lagi dijajah

tentang musuh ketat yang menjadi teman canda

Tentang saksi bisu yang tak boleh dibicara

Tentang kepingan gambar yang tersisip pada kaca bernyawa

Tentang lelaki tua yang dikhianati rasa percaya

Tentang alir sungai yang berubah arah

Tentang warkah cinta masa zaman muda

Tentang pelabuhan asmara ketika sedang bahagia

Tentang bisik syaitan yang seringkali menggoda

Tentang manusia yang bercabang lidah

Tentang langit biru yang sering bertukar warna

Tentang kota batu yang meranapkan flora dan fauna

Tentang senyuman indah yang menyembunyi luka parah

Tentang penat lelah yang berbuah sia-sia


Kemudian aku membentuk sebuah penanda yang penuh makna

Sebagai titik penghujung dan garis bermula

Sebuah filem pendek di pentas dunia


Kelak jangan lagi memilih duka atau bahagia

Bukan kerjamu menentukan siapa punya siapa

Jalani sahaja dengan derapan langkah redha

Belajarlah dari sejarah dan hikayat dulu kala

Terjatuh itu bukan tandanya lemah

Mulakan harimu dengan berkat Pencipta

Hadiahkan senyuman walau hanya dihati cuma

Muliakan mereka yang memberimu perit jiwa

Jadilah wanita yang hidupnya berfaedah

Mulakan disini. Noktah Bidayah~


Aufa Muaz

20022012

[06:06 pm]




Cinderella~

Malam semalam penutup cerita
Kisah dongeng Cinderella dengan putera mahkota
Dentingan waktu telah merubah segala..

Tiada sudah sepatu kaca dan kereta kuda
Gaun kembang telah berubah menjadi kain perca
Perhiasan indah berganti wajah dengan debu debu cuma

Maka cinderella kembali seperti malam sebelumnya
Hidup berduka hati tersiksa

Bangkitlah cinderella
Julang semangatmu
Jangan disitu sampai membusuk
Cukup sudah tahun tahun lalumu
Harus kau warnai dengan dengan kisah dan corak baru
Bukan seperti drama atau novel thriller antarabangsa
Namun jauh lebih hebat dari itu
Malah lebih indah dan tak terbandingkan lagi

Biarkan Putera mahkota memilih puteri idamannya
Dengan sepatu cinderella yang tertinggal di istana
Walau bertemu pada yang serasi dengannya
Namun percayalah sedikitpun dia tidak akan pernah sama
Kerana hanya ada satu cinderella di dunia

Biarkan saja~