Monolog

Hari ini aku belajar
Mengenal apa itu makna alif yang sebenar
Setelah berjanggut dan berkedut barulah ku tahu kenapa hidup perlu bersandar

Soalnya,
mengapa masih bertatih bila kau mampu berjalan?
mengapa masih berjalan bila kau mampu berlari?
mengapa masih berlari bila kau mampu terbang dengan laju dan lebih tinggi?

Lalu aku menjawab setiap satu dari pertanyaan itu

Aku bertatih kerana terjatuh setelah aku dibiarkan
Aku tak berlari kerana keadaan membuat aku untuk terus menghayun langkah perlahan
Dan bila aku masih berlari ketika yang lainnya sudah terapung di langit ciptaan, itu kerana kemampuanku telah sampai disempadan

Segaris senyuman melakari seulas bibir menawan

Katanya,
Sayang
Kenapa menahan rasa bila kau harus pamirkan
Kenapa mencipta derita bila kau mampu bahagia
Tahukah kau sayang,
Tiada yang lebih beruntung selain menjadi hamba yang selalu bersyukur
Engkau dicipta sebaik baik kejadian
Maka tiada kata hina yang sepatutnya dilemparkan

Ingatlah sayang,
Jika tiada sudah yang sudi mendengar curhat hatimu
Jangan kau bimbang dan berjauh hati
Jika semua telinga yang kau percaya sudah memekakkan segala
Jangan kau sedih dan memencil diri
Kerana kau punya satu yang lebih besar dari semua itu
Tuhanmu Yang Maha Mendengar
Dia juga Tuhanku Yang Maha Mengetahui
Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hambaNYA
Maka jangan bersedih lagi, sayang!

No comments:

Post a Comment