BERITA SEMASA - 27 Oct 2011

GEMPAR - Seluruh padang hati telah ranap ditiup taufan yang tak diundang. Keadaan ini telah berlarutan selama 3 minggu berturut-turut. Semua penduduk telah diarahkan berpindah untuk mencari penempatan yang lebih selamat. Namun begitu, dalam kekacauan yang berlaku terdapat seorang pemuda bernama KAMU yang enggan berpindah. Apabila ditanyakan sebab, beliau hanya menjawab, "disini adalah tempatku, tempat matiku."

Mengulas kejadian itu, Puan Taufan masih menghindari ribuan persoalan yang diajukan pada beliau. Bagi beliau, permohonan maaf bukanlah perkara wajar yang harus dia lakukan.

A brilliant girl who keeps lying on me.


Sebuah kisah benar, diasaskan bukan dari cerita dongeng semata. Seorang perempuan yang tak layak digelar wanita. Ya, seorang perempuan yang memiliki segulung ijazah dan kini menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Dia perempuan taufan yang meranapkan seluruh padang hati. Perempuan tanah seberang.

Pandai tapi bodoh. Cerdik tapi bangang. Dialah perempuan itu. Perempuan yang lupa meletakkan rasa malunya bila berbicara, perempuan yang sengaja mencipta jurang dalam perjalanan hidupnya. Dialah perempuan itu. Perempuan tanah seberang.

Pembohongan dalam pengakuan. Wajarkah? Dia perempuan yang tak sedar kesilapan. Perempuan berkepala batu dan berhati busuk. Dialah perempuan yang berlari membawa pisau tajam. Menikamku dari belakang tanpa silu segan. Dia perempuan yang bersalut dosa. Perempuan tanah seberang.

Dia perempuan brilliant. Mahasiswi yang cerah masa depan. Namun sayang dia menggenggam bukan pada tangan, dia melangkah bukan dengan kaki. Dia perempuan tanah seberang. Teruskan lakon layarmu, aku akan membantumu dalam menjayakan filem pendekmu.

Akhir cerita cinta--

Aku tahu menginginkanmu kan menyiksa diri
Aku tahu merindukanmu kan menghiris hati
Namun aku juga tahu ada cinta yang terbiar tumbuh di atas tandus padang hati..


Aku tak akan bertanyakan lagi perihal cinta itu
Biarlah kenangan berlabuh di samudera bisu
Biarlah pintu hati tertutup diselubung duka pilu


Demi kamu,
Aku takkan menjadi kayu yang melintangi jalan hidupmu
Aku takkan menjadi taufan yang menghancurkan hari bahagiamu
Biar jawapan itu kau simpan dan semat dikalbu
Aku takkan bertanya dan mengingkari kehendak dan kemahuanmu
Kerana itu adalah milikmu


Gelodak jiwa ini bukan lagi untukmu
Untaian rindu dalam diri telah memuncak dititik jauh
Lantera hati telah kupadam dan kubiar beku
Kerana kau memilih untuk menjadi kisah silamku~


-- dan kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang bintang, juga disebalik langit hitam. Akan aku pasangkan sayap pada angan dan mimpi semalam, semoga esok ia kan pergi jauh bersama impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Maafkan aku..



Nadiah Ayub,
17 Oct 2011 [11.32 AM]