Akhir cerita cinta--

Aku tahu menginginkanmu kan menyiksa diri
Aku tahu merindukanmu kan menghiris hati
Namun aku juga tahu ada cinta yang terbiar tumbuh di atas tandus padang hati..


Aku tak akan bertanyakan lagi perihal cinta itu
Biarlah kenangan berlabuh di samudera bisu
Biarlah pintu hati tertutup diselubung duka pilu


Demi kamu,
Aku takkan menjadi kayu yang melintangi jalan hidupmu
Aku takkan menjadi taufan yang menghancurkan hari bahagiamu
Biar jawapan itu kau simpan dan semat dikalbu
Aku takkan bertanya dan mengingkari kehendak dan kemahuanmu
Kerana itu adalah milikmu


Gelodak jiwa ini bukan lagi untukmu
Untaian rindu dalam diri telah memuncak dititik jauh
Lantera hati telah kupadam dan kubiar beku
Kerana kau memilih untuk menjadi kisah silamku~


-- dan kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang bintang, juga disebalik langit hitam. Akan aku pasangkan sayap pada angan dan mimpi semalam, semoga esok ia kan pergi jauh bersama impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Maafkan aku..



Nadiah Ayub,
17 Oct 2011 [11.32 AM]


No comments:

Post a Comment