Pipit yang takkan menjadi Enggang

Aku adalah selaput hitam yang menyelubungi bintang bintang
Aku jadi petanda yang membezakan jelas dan yang tak terang
Dan kamu sudah tentu tak sama dari siapa pun
Tentunya kamu orang yang beriman..

Bagaimana kata bahagia itu kamu tafsir sendiri?
Semua yang terlihat adalah bukit bukau manusia duniawi
Didaki dan dituruni demi kepentingan diri
Katanya..
Hidup perlu ada jalan
Dan jalan itu perlu dipimpin bukan dipaksa
Hidup perlu ada satu perubahan
Hijrah namanya
Dan hijrah itu tak perlu disemai tap biar ia tumbuh sendiri
Kerana hijrah yang disemai sudah pasti bukan keranaNYA tapi manusia semata
Namun hijrah yang tumbuh sendiri adalah hijrah yang datang tanpa kita cari
Hijrah itu yang selalunya kekal abadi

Aku ibarat pipit
Yang terbang dari seberang lautan China Selatan
merentasi dunia yang luas terbentang
Demi mengotakan sebuah impian
dari harapan mereka yang melahirkan

Aku ibarat pipit
yang sesat didunia Sekawan enggang
Yang megah dan sentiasa maju kehadapan

Aku ibarat pipit
yang tersungkur dari dahan pepohonan
lalu disambar oleh seekor enggang sebelum tubuhku jatuh ke daratan
bukan untuk dimakan tapi untuk diselamatkan
akulah pipit yang tak tahu erti penghargaan

terima kasih wahai enggang
semua ini adalah urusan Tuhan
Memang benar..kemahuanku bukanlah kehendak Tuhan
Aku hanya mampu merancang, biarkan Tuhan yang menentukan.

Semoga kamu sentiasa dalam lindungan--

No comments:

Post a Comment