Nopen: Bukan Curhat [ Ep 1 ] --



" Minat, suka dan cinta itu adalah 3 perkara yang berbeza."

'Kau tahu tak minat itu tak sama dengan suka? Dan suka itu bukanlah maksudnya kau cinta.'

Aku terdiam. Sepertinya aku sedang berada di tengah-tengah desakan padang buntu. Selama ini, aku menyamasifatkan ketiga-tiga perasaan itu. Selama ini apa yang aku tahu, aku hanya minat, suka dan cinta pada satu jasad sahaja. Ternyata pemahamanku salah.

Minat adalah perasaan yang tiba-tiba datang dengan imbasan masa singkat, dan rasa minat itu akan hilang apabila keadaan dan situasi kita berubah mengikut waktu. Minat adalah sesuatu yang tidak kekal lama. Suatu masa nanti ia pasti akan pudar dan terus menghilang.

Suka itu tidak akan wujud secara terus. Rasa suka itu hadir sedikit demi sedikit dan ia akan mengambil masa yang lama untuk kita menyedarinya. Suka bukanlah cabang daripada rasa minat. 2 perkara itu tidak berdiri di bawah satu emosi yang serupa. Ianya nyata berbeza.

Cinta? Cinta itu lahirnya dari lubuk hati yang paling dalam. Jika kau benar cinta, rasa bosan dan muak itu takkan pernah wujud. Cinta tak perlu diucapkan. Cinta tak perlu dizahirkan. Kerana tempatnya adalah di dalam hati, jauh bersembunyi, terang tapi tak tercari. Percaya atau tidak itu bukan kerja kau, kau hanya perlu lalui dan rasakan sendiri. Itulah yang dinamakan pengalaman.

Masih terngiang pada ingatanku gamitan peristiwa itu. Kata-katanya sangat memberkas di dalam hati. Semalam, ketika aku melihat wajahnya setelah sekian lama tak bertemu, aku merasakan seolah-olah ada rindu yang terubat. Rindu yang aku tak sedari. Rindu yang aku tak tahu tunas putiknya.


'Kau percaya tak, aku boleh miliki hati kau dan bawanya pergi bersamaku jauh dari diri engkau?'


Fikaranku terhenti seketika. berpintal-pintal lalu kusut.



To Be Continue ~

No comments:

Post a Comment