Nopen: Bukan Curhat [ Ep 4 ] --


" Jarak bukanlah pemisah, pandanglah pada bulan di atas sana. Walau kita jauh beribu batu, namun hakikatnya kita begitu dekat, kerana kita memandang pada bulan yang sama."

..........................

Serpihan malam menyapaku kelam. Butir-butir bintang telah usang bersama kegelapan. Angin lalu mendesah gelisah yang puas bertarung. Mungkinkah akan tewas lagi dalam keluhan resah ini.


"Bukan ini yang aku harapkan dari engkau. Aku faham bukan semua kemanisan yang pernah terjadi antara kita akan kekal selamanya. Namun pertemuan kita ini sudah dirancang, bukan satu kebetulan, Dia telah ciptakan apa yang terbaik buat hambaNya. Ini adalah kisah kita, tolong jangan hapuskan ia."


Aku sedar sekalipun baitku ini penuh laungan makna, ia takkan merubah apa pun yang lara. Malah ia akan terus kekal seperti semalam, terus membadai gelora yang menghempas hening di jiwa tabah. Lalu aku coretkan ini untuk dia, penghuni hati yang mungkin tak rela.


Buat kamu yang sedang terlena,
Izinkan aku titipkan cebisan kasih buat kisah yang terlupakan..
Bukan curhat yang aku cuba lampirkan, namun serpihan rasa yang mungkin tak kelihatan..
Tiada cara lagi mampu aku lakukan untuk meraih keyakinan itu
Mungkin sayap doaku telah patah di hembus angin dosa silam..

Kau adalah masa depan, bukan lagi lakaran impian ..
Jangan mendesak pada waktu yang memisah kita
Biarkan kelopak cinta itu bisu tak berkembangan
Biarkan duri hambar itu menujah rasa yang kedukaan

Keinginanku bukan kehendak Tuhan
Kemahuanku juga bukan ketentuanku
Wahai Raja DiHati
Terima kasih untuk darah yang membara,
Juga untuk kemelut rasa yang tak terhingga,
Ianya cukup buat aku mengerti,
Bahawa tak selamanya hidup itu indah..

No comments:

Post a Comment