Eid Milad Ya Ukhti

Once upon a time, there was a girl name Iliy Nazifah. She was born in 19th century. As she grow up, the name slowly forgotten, and she become someone else, who is so tall and brilliant. Thanks god, she still my little sister. My little naughty sister.
Very-known as CENCOROT PUTIH =,=
And tomorrow is her birthday.
EID MILAD ya ukhti :)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Buat satu satunya adik perempuanku,

Setelah hari ini, maka berikan dirimu satu senyuman dari hati.
Kerana setelah hari ini, dirimu telah berjaya menempuhi sepertiga jalan ujian duniawi.
Walaupun kadangkala nafsu dan amarah menguasai, namun kau tahu Allah selalu menemani..
Dan kau pun dapati dirimu masih dalam keadaan bersih berkat peliharaan Tuhan Yang Maha Melindungi. Alhamdulillah..

Adikku,

Mungkin kau belum lihat betapa besar amanah yang diberi. Mungkin kau belum rasa betapa beratnya tugasmu sebagai hamba yang sentiasa diuji. Apa yang telah kau lalui sehingga hari ini adalah sekecil kecil dugaan dari sebesar besar ketetapan Ilahi. Maka kau persiapkanlah dirimu untuk menghadapi hari depan yang pasti. Semoga langkahan harimu sentiasa dipenuhi dengan rasa sedar diri dan sentiasa ingin memelihara hati suci.

Adikku,

Aku mengenalmu ketika usiaku 4 tahun. Namun kita belum cukup dewasa setelah berpisah ketika aku 11 tahun. Jarak telah mencipta sedikit jurang mesra antara kita. Kerana itu, hanya perbalahan yang menjadi teman permainan berdua. Setelah itu, kita makin terpisah. Aku tidak mendiami rumah kita, namun kau seperti puteri diistana. Itu adalah kerana hanya dirimu yang menjadi teman ibubapa.

Adikku,

Ujian dunia sentiasa menguji dalam kehidupan ini. Setelah itu, mama pula telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ketika itu sungguh aku merasa sedih, kerana mama tinggalkan kita dengan seorang bapa yang memiliki 4 permata hati. Apalagi dengan seorang puteri dan seorang lagi anugerah usrati. Engkau sebagai puteri, dan adik kita sebagai anugerah usrati.
Sungguhpun begitu, namun aku sungguh berbangga diri. Kerana aku mempunyai adik adik yang tabah hati. Aku juga memiliki seorang kakak yang sangat memahami. Ditambah lagi dengan seorang bapa yang sangat kita sayangi.

Adikku,

Walaupun bukan kata sakti yang sentiasa lahir dari bibir ini, walaupun bukan ungkapan indah yang sentiasa aku beri, namun ketahuilah itu bukan tandanya aku tidak menyayangi. Seluas luas lautanNya di wajah bumi, sebesar besar alamNya yang terbentang dibawah telapak kaki, dan setinggi tinggi langitNya yang tak mampu kita kecapi, maka kasih dan sayangku lebih luas, besar dan tinggi dari yang kau bayangi. Maafkan aku kerana terlambat mengubah diri, menjadi contoh yang terbaik buat adik adik sendiri, maafkan aku juga kerana baru kini aku sedari, bahawa aku miliki adik adik yang telah lama bertapak dalam hati.

Dan hari ini adikku,

Allah telah menambah lagi usia duniamu. Allah telah membuka satu lagi pintu untuk kau tuju. Dan harus kau ingat selalu, setelah kau melangkah ke situ, jagalah akhlak dan peribadimu. Jangan biarkan yang bukan hakmu menyentuh. Ingatlah, kau ada bapa yang menjagamu, membesarkanmu, memberi makan minummu. Ingatlah, jasad yang berjalan dan tertidur itu adalah milik bapa dan mama. Roh yang menghidupkan dan memberi kau peluang untuk terus merasa indahnya ciptaan adalah hak milik Allah yang satu. Maka jagalah kedua dua amanah itu.


Tiada yang lebih baik di dunia ini selain menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Gunakanlah segala kelebihan yang ada dijalan kebaikan, bukan hanya untuk dirimu tapi untuk seluruh makhluk Tuhan.

Setelah kau membaca ucapan ini, maka segerakanlah dirimu menadah kedua tapak tanganmu, dan berdoalah kepada Allah tanda kau bersyukur atas kurniaan umur yang panjang. Kemudian, teruskan berdoa lagi, agar Allah memberkati usia lalumu dan memberimu keselamatan untuk usiamu yang mendatang. Semoga Allah melindungimu. Barakallahu fi umrik wa hayat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, adikku.

Kakakmu,

Aufa Muaz (INA)

2 comments: