Maret 10, 2012

[Muadzam Shah-Kuala Lumpur]

Kuala Lumpur, hari ini aku datang menemukanmu. Tapi sebentar tadi, aku duduk mengahadap wajah senja. Mencari tahu punca musabab kemusykilanku. Masih lagi ingin aku ulangi, tidak rugi menjadi hamba yang selalu bersyukur. Kerana Allah itu sentiasa punya sesuatu yang baru untuk hambaNya. Sesuatu yang akan datang setelah ada yang disingkirkan. Sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Sesuatu yang mengajar tentang kehidupan. Sekarang, saat perjalanan ini, aku memandang keluar pasir yg telah menjadi kaca. Jernih, terang dan nampak apa yang ada di belakang sana. Begitu aku terfikir tentang masa laluku.

Bukan.

Lebih tepat jika ia disebut sebagai masa silamku. Semuanya masih jelas dan rapi dalam bayangan waktu. Sekalipun ia tetap ada dihujung ingatanku, namun aku tak mahu meletakkan ia bersama kenangan yang akan membuatku tersenyum. Kerana ia adalah masa silam yang menjatuhkan aku. Masa silam yang merosakkan impianku. Masa silam yang menggelapkan duniaku. Luka, parah dan segala sesuatu yang menyakitkan telah menjadi sangat sinonim dalam hari hariku. Kesakitan yang membuat aku bangun dan keluar dari kejahilan yg aku ciptakan. Sekalipun payah dan tersungkur, namun aku harus mencuba.
Dan hari ini, aku mulai faham dengan apa yg selalu diperdengarkan dan diperkatakan.

"I leave him for the sake of Allah"..

Ya, aku sedar aku bukan wanita solehah untuk mengungkapkannya, aku bukan alim ulama yg layak untuk berbahas tentang dosa dan pahala, aku tahu aku bukan siapa siapa. Namun tak salah bila aku mahu mengubah diri, bukan lagi sebagai manusia seperti sebelumnya, tapi sebagai insan. Insan kamil. Sekalipun ia bukan tarafku.

Ya Allah, apa yg telah terjadi adalah atas kelemahan diriku. Aku menjadi manusia yg punya kurniaan akal waras tapi masih juga bangang dan bodoh. Aku menjadi manusia yg punya mata, telinga dan hati, namun masi juga buta, tuli dan tak punya rasa. Aku membenci diriku yang lama. Aku membenci segalanya yang membuat diriku menjadi salah, aku membenci setiap zarah yang mendorong aku melakukan dosa.

Ya Allah, aku ingin menjadi bersih sesuci aku ketika keluar dari rahim ibuku. Aku ingin berjalan diatas bumiMu tanpa sedikitpun cela dan murka. Dan aku ingin kembali kepadaMu dengan amanah yang masih terjaga sama ketika Engkau memberikannya kepadaku sebelum kelahiranku. Semuanya kusandarkan padaMu Ya Allah, demi syurga yang telah dibawa ibuku ke alam barzakhMu, demi amal soleh yang akan dibawa oleh ayahku ke kehidupan selepas itu..

No comments:

Post a Comment