Total Eclipse of the Heart


"....aku tak semampumu menjaga dan mengenang. Manusia takkan boleh berjalan seperti biasa pabila kakinya lumpuh. Begitu juga hati. Pabila hati telah lumpuh, ia takkan dapat berfungsi. Mungkin suatu hari nanti kuasa Tuhan menyembuhkan, tapi tetap jua hati itu tidakkan sikap. Kekok. Maka jagalah dirimu dan perindahkanlah jalan hidupmu. Semoga kau kan hidup dengan lebih baik selepas ini. Ingat, wanita mampu  membahagiakan, tapi wanita juga mampu merosakkan. Bersyukurlah bila kita dipisahkan. Kerana Dia berkehendak kau ada dijalanNya, begitu juga aku."- Aufa Muaz


22nd May 2012~ 

Bukan rindu, bukan juga sesal, jauh sekali terkenang. 
Terima kasih Allah untuk kekuatan yang telah diberikan. 
Terima kasih Allah untuk kisah hidup yang sering mengajar dan mengingatkan. 
Terima kasih Allah untuk luka parah yang menyedarkan. 

Sudah sepertiga nafasMu aku dipinjamkan. Sudah sepertiga hayatku dikandung badan.
Dan cukup sepertiga waktu hidup ini aku persiakan.

Cerita semalam biarlah ia tenggelam. 
Bersamanya kuhantarkan dengan doa-doa harapan.
Semoga hidupku sentiasa dalam keredhaan,
tanpa perlu adanya tangisan dan airmata kecundang.

#Walau hidup umpama kain yang tercarik, lusuh, berlubang-lubang, busuk, dan terbuang..namun masih ada yang sanggup mengutipnya, membawanya pulang, membasuhnya, menampal corong-corongnya, mewangikannya dan memakainya semula. Apa yang pastinya, si pengutip itu adalah lebih baik dari si pembuang. La Tahzan, Innallaha Ma'ana  ;)

No comments:

Post a Comment