Tepat tersasar --


Mungkin kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang-bintang juga pada balik awan nan hitam. Dia dan juga dia bagai kaca yang kau nampak berkilauan. Sedang aku hanya dilihat sebagai kertas tanpa garis yang tak kau pandang. Cukuplah kesalahan rasa yang aku ciptakan ini.

Akan aku pasangkan sayap pada angan di garisan ultra lembayung senja nanti. Semoga ia kan pergi jauh bersama impian yang tak terzahirkan.

Di sini bukan tempatku, bukan tempat matiku.

General --

Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Maaf dipohon jika dan seandainya lagu yang berkumandang dalam blog ini membuatkan anda kurang selesa. Pada asalnya pemilik blog juga tidak meletak sebarang playlist kerana kurang minat pada lagu-lagu yang akan pop-up bila orang buat blogwalking. Lagu itu akan berkumandang sehinggalah pemilik blog ini menghabiskan paper final exam beliau. Sekali lagi maaf. Kepada yang kurang berkenan, sila klik pada button [X] di sebelah kanan atas.TQ.

Kepada silent readers yang mengikuti nopen Bukan Curhat, terima kasih kerana sudi membaca karya yang tidak seberapa itu. Oleh kerana kekangan masa dan juga ketandusan idea baru untuk meneruskan penulisan, pemilik blog terpaksa menyepi seketika untuk mencari ilham. Mungkin melalui MyNewsHub.heheh

Last but not least, selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Semoga kita mendapat keberkahan dan kemuliaannya ~

Introducing to you : The Exartmusthicate ♥




❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫


Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Dah 3 hari kawan aku promote lagu ni. Tapi aku ni bukan jenis yang mudah tertarik, maka hari ini barulah aku dapat mendengar sendiri playlist dari website official band ni. Tu pun sebab bila aku click pada tab gallery, rupanya aku kenal siapa empunya band ni. Cuba klik pada playlist di atas untuk dengar lagu losing you dari mereka. Anwy, kamu memang best!! Suka lagu losing you. Keep it up. Chaiyooo ~



KLIK sini untuk pergi ke >>>> Exartmusthicate Website<<<<

Yummy !!


*******************

Taraa! ok aku bukan ingin berbangga. Ini adalah Kek coklat tabur seteroberi. Huh, buruk sungguh nama yang diberi -_-"

Aku buadd sendirian berhad tauu. Kecuali Coklat before topping tu, my Darling Arumi Kiswantoh yang tolong masakkan.hee :)

Ohya, seteroberi tu adalah sumbangan ikhlas dari dia jugakk.TQVM awakk ^^

kek ni sedaap.cewaah.haha
terasa macam nk bukak tempahan pulakk.kehkeh




Ramadhan Tanpamu--

Bismillahirahmanirrahim ..

"Dengan NamaMu aku bermohon, semoga kedua ibu dan bapaku kau limpahi rahmatMu serta keredhaanMu. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Berkuasa, ampunilah dosa-dosa yang pernah mereka lakukan, semoga mereka sentiasa dalam lindunganMu. Ameen.."
Tuhan, mungkin sakit yang Engkau berikan ini sebagai tanda peringatan buatku. Mungkin juga sakit yang aku tanggung ini adalah sebagai tanda Engkau masih sayang padaku. Terima kasih Ya Allah.



Ketika sakit inilah aku terkenang kisah lalu, waktu itu aku sedang berteleku di dalam sebuah ruang kecil yang pada silingnya bertanda arah menuju ke kiblat.

Kala itu, airmata bukan setakat bergenang lagi, namun telah merembes tanpa segan silu dan malu. Tangan hina ini tiada henti bermohon supaya ibu disembuhkan. Bermula pada Ogos 2006 sehinggalah Ramadhan menjelma. Ibu masih sama. Ketika itu aku baru sahaja selesai menduduki PMR, dan ketika itu jua kenangan telah berubah menjadi mimpi buruk yang takkan aku biar terulang lagi. Biarlah itu aku simpan di dalam hati.

Selama sebulan aku berpuasa bertemankan bau ubat-ubatan dan suara manusia mengerang kesakitan, tak kira siang mahupun malam. Aku tak layak mengeluh kerana jika dibanding aku dengan ibu yang menanggung derita itu, dialah yang lebih layak.

Ketika itu aku benar-benar terjatuh. Bertubi-tubi masalah datang menimpa aku juga keluargaku. Mungkin itu adalah ujian Tuhan. Dalam jangka masa itu juga aku telah merancang untuk mencipta lembaran hidup yang baru. Bukan tanpa ibu tapi tanpa dia.

29 Ramadhan - Aku dan keluargaku menanti pengumuman Hari Kemenangan dari kaca tv hospital. Pemegang mohor telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya jatuh pada hari lusa. Maka genaplah sebulan aku menemani ibu di hospital.

1 Syawal - Keluargaku datang ke hospital dan kami menyambut syawal dengan ibu. Tanpa kuih raya, tanpa sanak-saudara, juga tanpa kampung halaman. Ketika itu aku melihat ibu masih sama. Belum pulih walaupun sedikit, malah lebih teruk dengan alahan yang menjadi-jadi. Namun kami masih sabar. Doa tak pernah putus untuk melihat ibu pulih seperti biasa. Dalam hati ini, aku sangat yakin ibu akan kembali ke rumah seperti dahulu kala.

2 Syawal - Keluarga dari kampung bertandang menziarahi ibu. Sesak dan memenuhi ruang ketika itu. Dalam hati sangat girang kerana masih ada yang ingat pada kami sekeluarga, apa lagi ibu. Namun terdetik di benak ini, apakah maksud semua ini?
Petang itu keadaan ibu semakin parah. Ibu mengerang kesakitan dan menangis. Antara kenal dan tidak pada suami dan anak-anaknya, ibu mula menyuarakan hasrat hati agar dikebumikan disebelah kubur arwah datuk. Ketika itu aku melihat ayah mengasingkan diri, jauh dari ibu, jauh dari kami dan keluarga. Petang itu ibu dimasukkan ke dalam wad ICU. Koma.

3 Syawal - Doktor mengarahkan supaya ayah membeli susu khas dari farmasi berdekatan. Susu itu bukan susu biasa, ianya bernilai RM75.00 satu tin kecil dan sukar untuk didapati. Seharian ayah keluar untuk mencari susu untuk ibu. Asar itu, jantung ibu berhenti. Doktor mencari ayah namun kelibat ayah belum kunjung tiba. Sehinggalah maghrib tiba, akhirnya ayah datang bersama plastik berisi setin susu di tangannya. Ketika dikhabarkan tentang keadaan ibu, ayah meluru masuk ke dalam wad ICU. Agak lama ayah berada di dalam, aku melihat susu yang ayah beli tadi masih belum diguna. Sayu hati ini bila mengenangkan ayah juga adik-adikku. Isyak pun telah lama berlalu. Tepat pukul 9.00 malam ayah memanggil aku, kakak dan adik perempuanku masuk. Ayah mengarahkan supaya aku membacakan Yassin dan mengajar ibu mengucap. Ketika itu aku melihat airmata menitis di pipi ibu. Ayah kata, pohonlah maaf dari ibu, dia pasti dengar. Aku dan adik-beradikku mula menangis. Pukul 9.09 minit malam, jantung ibu berhenti. Doktor menggunakan renjatan untuk merangsang degupan jantung ibu, Ini adalah kali ke-3 denyutan jantung ibu berhenti. 9.10 malam, doktor mengesahkan bahawa ibu telah tiada. Ketika itu, adik bongsuku tiba-tiba meluru masuk dan memeluk ayah. Aku melihat ayah tersandar lesu dan menangis, akhirnya ibu pergi jua. Hatiku tertanya-tanya, mengapa tiada satu pun doa dari keluargaku yang Allah makbulkan. Namun, semua itu tiada guna. Ibu telah pergi menghadap Ilahi.

Syawal itu dipenuhi dengan suara tangisan penuh syahdu. Begitu juga pada syawal-syawal seterusnya. Sehingga ke hari ini, genaplah Ramadhan yang ke-5 ibu meninggalkan kami. Ya Allah, semoga kau tempatkan dia bersama roh orang-orang mukmin --

Aku rindu ibu !!!!

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 4 ] --


" Jarak bukanlah pemisah, pandanglah pada bulan di atas sana. Walau kita jauh beribu batu, namun hakikatnya kita begitu dekat, kerana kita memandang pada bulan yang sama."

..........................

Serpihan malam menyapaku kelam. Butir-butir bintang telah usang bersama kegelapan. Angin lalu mendesah gelisah yang puas bertarung. Mungkinkah akan tewas lagi dalam keluhan resah ini.


"Bukan ini yang aku harapkan dari engkau. Aku faham bukan semua kemanisan yang pernah terjadi antara kita akan kekal selamanya. Namun pertemuan kita ini sudah dirancang, bukan satu kebetulan, Dia telah ciptakan apa yang terbaik buat hambaNya. Ini adalah kisah kita, tolong jangan hapuskan ia."


Aku sedar sekalipun baitku ini penuh laungan makna, ia takkan merubah apa pun yang lara. Malah ia akan terus kekal seperti semalam, terus membadai gelora yang menghempas hening di jiwa tabah. Lalu aku coretkan ini untuk dia, penghuni hati yang mungkin tak rela.


Buat kamu yang sedang terlena,
Izinkan aku titipkan cebisan kasih buat kisah yang terlupakan..
Bukan curhat yang aku cuba lampirkan, namun serpihan rasa yang mungkin tak kelihatan..
Tiada cara lagi mampu aku lakukan untuk meraih keyakinan itu
Mungkin sayap doaku telah patah di hembus angin dosa silam..

Kau adalah masa depan, bukan lagi lakaran impian ..
Jangan mendesak pada waktu yang memisah kita
Biarkan kelopak cinta itu bisu tak berkembangan
Biarkan duri hambar itu menujah rasa yang kedukaan

Keinginanku bukan kehendak Tuhan
Kemahuanku juga bukan ketentuanku
Wahai Raja DiHati
Terima kasih untuk darah yang membara,
Juga untuk kemelut rasa yang tak terhingga,
Ianya cukup buat aku mengerti,
Bahawa tak selamanya hidup itu indah..

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 3 ] --




'Pertautan ini berasal dari angan atas nama impian. Sungguh yang dirasakan adalah cinta, sayang dan rindu..'


Bilah-bilah hari tetap juga datang. Fikiranku tertumpu pada satu imbauan. Sebuah pertanyaan telah terjawab. Masa silam.

Madah bukan lagi kiasan bernyawa baginya. Ianya telah mati dilebur rasa keegoan. Mungkin benar jalan yang luas itu membawa kepada kehancuran dipenghujungnya. Fana dan tipu daya. Lalu, hanya diam yang menjadi kata kuncinya. Setiap kali aku menatap dada langit, seribu kali jua wajah itu menghantui diri.

" Jarak bukanlah pemisah, pandanglah pada bulan di atas sana. Walau kita terpisah beribu batu, namun hakikatnya kita begitu dekat, kerana..."

BERSAMBUNG~


Rasa ?

Pernah dengar ini?

"mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersama di alam nyata, mungkin di alam syurga"

Atau ini?

"dunia bukan milik kita, jodoh pertemuan ditangan Tuhan"

Sedih? punah? kesal? kecewa? terluka? Emosi semata-mata. Rasa itu suatu nikmat. Dia memberi untuk kita hargai. Supaya tersedar bahawa hidup ini bukan selamanya indah.
Namun harus diingat, syurga itu pasti, yang tidak pasti itu adalah di mana tempat kita nanti. Kata-kata bukan sekadar aksara tanpa erti, satu kata mampu mengubah sebaris ayat dan seluruh makna. Ini bukan kelas bahasa, inilah yang disebut 'akidah' ~




MyNewsHub : Cinta Maya


Assalamua'alaikum dan Salam sejahtera..

Selamat pagi selamat malam,
Untuk pembaca yang dihormati sekalian,
Tak perlu bergaya tak perlu melaram,
Entry ini sekadar untuk pengenalan.

Dengar sini penduduk bumi,
Hari yang bersejarah telah tiba, di mana manusia yang bertanggunjawab memperkenalkan pemilik blog ini dengan Cinta Mayanya akan didedahkan identitinya.



Yes. Dialah individu yang dimaksudkan. Terima Kasih Aizat Safwan Amir, jasamu dikenang ~
Fyi, Beliau telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh MyNewsHub iaitu Share & Win, dimana beliau haruslah share berita-berita terkini dari laman web rasmi MyNewsHub dan update setiap masa. Hadiah begitu lumayan dan mengujakan ^^
Ramai yang telah berjaya, anda bila lagi? hehe

Kepada yang berminat, boleh klik TAB FREEBIES! ini laju-laju dengan kuasa internet semaksima yang mungkin. Semoga berjaya ;)

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 2 ] --




Ketika kota ini baru bangun dari lenanya, aku memandang raut senja itu. Tiada lagi rasa gelisah yang menjamah hati. Suaranya tidak lagi meluruhkan fitrah wanitaku. Gerak tubuhnya tidak lagi mematikan fikiranku. Aku merasakan ada sesuatu yang hilang. Mungkin ianya tak perlu dicari, lalu aku biarkan ia pergi bersama bayangan semalam.


"Nadiah.."
Suara bisu itu menyentak lamunanku. Mengapa ia kedengaran lagi setelah sekian lama aku cantaskan putik yang pernah meluruhkan semangatku? Begitu air jernih menitis tumpah dari sepasang tasik bundar, tersusun serumpun tangkai persoalan dalam benak yang mulai sesak. Baru aku sedar bahawa pergi dan meninggalkan itu adalah dua kata yang berbeza pengertiannya. Kau bukan kasihku yang hilang. Datanglah kepadaku, akan aku nukilkan sebuah cerita baru dalam kisah cintamu. Apa yang pasti, aku bukan perempuan itu.


Kau adalah sejarah, bukan lakaran impian. Cerita kini telah mengubah masa lalu. Walau belum tertimbun oleh sawangan masa, namun warnanya telah pudar. Berubah, sehingga tak kelihatan. Maafkan aku..



'Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti, dengan syurga ilusi..'


To Be Continue~

Nopen: Bukan Curhat [ Ep 1 ] --



" Minat, suka dan cinta itu adalah 3 perkara yang berbeza."

'Kau tahu tak minat itu tak sama dengan suka? Dan suka itu bukanlah maksudnya kau cinta.'

Aku terdiam. Sepertinya aku sedang berada di tengah-tengah desakan padang buntu. Selama ini, aku menyamasifatkan ketiga-tiga perasaan itu. Selama ini apa yang aku tahu, aku hanya minat, suka dan cinta pada satu jasad sahaja. Ternyata pemahamanku salah.

Minat adalah perasaan yang tiba-tiba datang dengan imbasan masa singkat, dan rasa minat itu akan hilang apabila keadaan dan situasi kita berubah mengikut waktu. Minat adalah sesuatu yang tidak kekal lama. Suatu masa nanti ia pasti akan pudar dan terus menghilang.

Suka itu tidak akan wujud secara terus. Rasa suka itu hadir sedikit demi sedikit dan ia akan mengambil masa yang lama untuk kita menyedarinya. Suka bukanlah cabang daripada rasa minat. 2 perkara itu tidak berdiri di bawah satu emosi yang serupa. Ianya nyata berbeza.

Cinta? Cinta itu lahirnya dari lubuk hati yang paling dalam. Jika kau benar cinta, rasa bosan dan muak itu takkan pernah wujud. Cinta tak perlu diucapkan. Cinta tak perlu dizahirkan. Kerana tempatnya adalah di dalam hati, jauh bersembunyi, terang tapi tak tercari. Percaya atau tidak itu bukan kerja kau, kau hanya perlu lalui dan rasakan sendiri. Itulah yang dinamakan pengalaman.

Masih terngiang pada ingatanku gamitan peristiwa itu. Kata-katanya sangat memberkas di dalam hati. Semalam, ketika aku melihat wajahnya setelah sekian lama tak bertemu, aku merasakan seolah-olah ada rindu yang terubat. Rindu yang aku tak sedari. Rindu yang aku tak tahu tunas putiknya.


'Kau percaya tak, aku boleh miliki hati kau dan bawanya pergi bersamaku jauh dari diri engkau?'


Fikaranku terhenti seketika. berpintal-pintal lalu kusut.



To Be Continue ~