27 Januari 2014
Ada sebab mengapa Tuhan hadirkan seseorang itu dalam hidup kita.
Samada kita yang akan mengubah hidup seseorang itu
atau seseorang itu yang akan mengubah hidup kita.
Tanpa berat hatinya,
aku terima dirimu.
Jika benar kau adalah jodohku, maka dengan izin Yang Kuasa
aku hanya untukmu.
Tapi,
jika kau hanya ujian dariNYA,
aku redha.
Nadiah Ayub
Selamat Tahun Baharu
Assalamualaikum
Setelah berbulan-bulan ditinggalkan, maka dengan ini terbukalah pintu hati ini buat kesekian kalinya untuk meneruskan sisa perjuangan penulisan. Comeback kali ini dimulai dengan pencerahan latarhias dan yang sama waktu dengannya. Zaman kegelapan sudah berlalu, yay !
Sebelum ni banyak sangat konflik ketamadunan yang aku lalui. Sekarang baru kenal erti menyesal. Padan muka kan.
Sebenarnya ada satu hal yang mendorong jari jemariku untuk mengeksploitasi papan kekunci komputer riba yang letaknya bukan di atas riba. Tapi, semua yang terlintas belum mampu dicernakan dalam bentuk penulisan.
Tata.
Credit: Google Image :D
K_______
Kau terbentuk dihatiku
Semakin jauh semakin menggebu
Cuba fahamkan aku mengapa kau ada disitu?
Sedang kita tak pernah melepas kasih walau sedetik waktu
Cuma akukah yang rindu
Atau kau juga begitu?
Nadiah Aj
I_______
Sehelai kain putih
Kubalut kemas kusimpan rapi
Kubawa bersama ke mana pun kupergi
Andai suatu hari nanti
Aku menyeru seruan Ilahi
Pakaikan aku dengan baju baruku ini
Biar bersama kami disemadi
Usah bertanya, usah meragui
Telah kusedia kafanku sendiri
Mohon talkinkan aku nanti
Nadiah AJ
Kubalut kemas kusimpan rapi
Kubawa bersama ke mana pun kupergi
Andai suatu hari nanti
Aku menyeru seruan Ilahi
Pakaikan aku dengan baju baruku ini
Biar bersama kami disemadi
Usah bertanya, usah meragui
Telah kusedia kafanku sendiri
Mohon talkinkan aku nanti
Nadiah AJ
H______
Malam ini
Malam bersatu
Hujan, airmata dan hati pilu
Malam ini
Malam yang akan berlalu
Malam jadi hantu
Malam yang akan dirindu
25 Nov 2012,
Nadiah Ayub
G______
Kau kirimkan aku
Sekumpulan kupu kupu
Yang hinggap dalam hati
Yang bersarang dalam senyap
Hingga kau terlupa
Yang kau tinggal bukan jejakmu
Sebaliknya si gadis yang merindu
Rindu akan dirimu.
CAT4641,
Nadiah Ayub
Sekumpulan kupu kupu
Yang hinggap dalam hati
Yang bersarang dalam senyap
Hingga kau terlupa
Yang kau tinggal bukan jejakmu
Sebaliknya si gadis yang merindu
Rindu akan dirimu.
CAT4641,
Nadiah Ayub
F______
Aku ingin menebar jala
Merambat hati hati luka
Walakin sendiri menahan sakitnya
Usah bimbang kan berkelana
Kamu
Akan ku bawa bersama jiwaku
Meninggalkan kota ini bersama sedikit pilu
Dan senyum palsu
E______
Mengapa kalut
Dalam menilai dan berprasangka
Mengapa kalut
Hingga kulit ditubuh dilapah lapah
Sibuk menunding nadi si pendosa
Sampai tak sedar jantung sendiri berdusta
Baguslah
Menilai hanya dengan sebelah telinga
Dan akal manusia yang luar biasa
Baguslah kalau selamanya kau setia
Baguslah
Jangan sampai kau yang lebih teruk dari si pendosa
Si Pendosa,
Nadiah Ayub.
Dalam menilai dan berprasangka
Mengapa kalut
Hingga kulit ditubuh dilapah lapah
Sibuk menunding nadi si pendosa
Sampai tak sedar jantung sendiri berdusta
Baguslah
Menilai hanya dengan sebelah telinga
Dan akal manusia yang luar biasa
Baguslah kalau selamanya kau setia
Baguslah
Jangan sampai kau yang lebih teruk dari si pendosa
Si Pendosa,
Nadiah Ayub.
D______
Manusia,
Terlalu bijak mendramakan hasrat
Membutakan yang celik hingga tak mampu melihat
Bagaimana kau mentafsir kesunyian
Sedang dirimu tak pernah hidup sendirian?
Mujur aku tersedar
Walaupun setelah hujan memalingkan wajahnya
Walaupun setelah ranap seluruh kota
Walaupun setelah ditinggal selepas habis percaya diguna
Kerana,
Ada pelangi yang indah menanti di hujung sana
Ada tanah yang masih boleh dibangunkan semula
Ada Tuhan Pencipta Yang Maha Kaya
Rasanya,
Kau hanya tahu membahasakan kesunyian
Dengan menghirup dara dara yang kau goda
Dalam syahdu munafiq cintamu.
Bahasa Kesunyian,
Nadiah Ayub.
C______
In the meantime,
let's avoid each other.
Let's avoid till we can't remember the initial of ours.
Let's avoid,
even the eyes catch each other.
Let's avoid. Let's.
B______
Untuk masa hadapan
Aku mencukupi hari dengan rangkap rangkap doa
Tanpa jemu menyembah dan meminta
Harus selalu bersyukur dengan pemberianNYA
Demi masa hadapan
Aku mengorbankan waktu dengan kulit kayu berilmiah
Mengisi minda penuh cakna
Semuanya Lillahi Ta'ala
Dan semoga wajah masa hadapan
Kuikhlaskan dengan redha
Mudah kuhulur mudah kuterima
Bukan mudah, membersihkan diri setelah terbenam dalam lumpur dosa.
Bukan mudah, memenuhi hati setelah ditelan nafsu serakah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
