Korban Hati

'Keinginanku bukan ketentuan Tuhan, kemahuanku bukan juga kehendak Tuhan. Cukuplah korban hati yang tak diperlukan, Bawalah dirimu pergi bersama kenangan semalam. Hati ini bukan lagi tempatmu, bukan tempat matimu..'


Kepada Tuhan aku meminta, patahkanlah sayap anganku.
KepadaNYA jua aku memohon doa, tabahkanlah hati rentan wanitaku..
Mungkin ini petunjuk buatku, insan hina yang penuh dosa.


Buat masa silamku,

Maafkan aku jika akulah punca semua ini terjadi..
Aku telah berusaha sedaya yang mampu untuk mempertahankan hati ini,
tapi aku gagal..walaupun ini pengakhiran cerita kita, namun aku berterima kasih untuk 88 bulan yang DIA berikan, mungkin bukan untuk kamu tapi hanya buat aku.
Tolong aku hapuskan kenangan itu, kerana ia hanya membekaskan luka yang parah.

Pergilah menghilang bersama duka pilu,
Tinggalkanlah aku tanpa kisah barumu,
Pergilah jauh dari mimpi indahku,
Jangan sesekali kau datang padaku..

Dan..terima kasih kepada perempuan itu,
kerana terlalu hebat sehingga mampu membunuh rasa kasih dan kesetiaan yang telah bertahun lamanya aku semai.
Ingat pada janjiku, akan kubuang kamu dari dalam hidupku, bukan untuk sementara tapi buat selamanya.
Terima kasih yang tak terhingga.


Mainan Hidup,
01 Nov 2011

BERITA SEMASA - 27 Oct 2011

GEMPAR - Seluruh padang hati telah ranap ditiup taufan yang tak diundang. Keadaan ini telah berlarutan selama 3 minggu berturut-turut. Semua penduduk telah diarahkan berpindah untuk mencari penempatan yang lebih selamat. Namun begitu, dalam kekacauan yang berlaku terdapat seorang pemuda bernama KAMU yang enggan berpindah. Apabila ditanyakan sebab, beliau hanya menjawab, "disini adalah tempatku, tempat matiku."

Mengulas kejadian itu, Puan Taufan masih menghindari ribuan persoalan yang diajukan pada beliau. Bagi beliau, permohonan maaf bukanlah perkara wajar yang harus dia lakukan.

A brilliant girl who keeps lying on me.


Sebuah kisah benar, diasaskan bukan dari cerita dongeng semata. Seorang perempuan yang tak layak digelar wanita. Ya, seorang perempuan yang memiliki segulung ijazah dan kini menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Dia perempuan taufan yang meranapkan seluruh padang hati. Perempuan tanah seberang.

Pandai tapi bodoh. Cerdik tapi bangang. Dialah perempuan itu. Perempuan yang lupa meletakkan rasa malunya bila berbicara, perempuan yang sengaja mencipta jurang dalam perjalanan hidupnya. Dialah perempuan itu. Perempuan tanah seberang.

Pembohongan dalam pengakuan. Wajarkah? Dia perempuan yang tak sedar kesilapan. Perempuan berkepala batu dan berhati busuk. Dialah perempuan yang berlari membawa pisau tajam. Menikamku dari belakang tanpa silu segan. Dia perempuan yang bersalut dosa. Perempuan tanah seberang.

Dia perempuan brilliant. Mahasiswi yang cerah masa depan. Namun sayang dia menggenggam bukan pada tangan, dia melangkah bukan dengan kaki. Dia perempuan tanah seberang. Teruskan lakon layarmu, aku akan membantumu dalam menjayakan filem pendekmu.

Akhir cerita cinta--

Aku tahu menginginkanmu kan menyiksa diri
Aku tahu merindukanmu kan menghiris hati
Namun aku juga tahu ada cinta yang terbiar tumbuh di atas tandus padang hati..


Aku tak akan bertanyakan lagi perihal cinta itu
Biarlah kenangan berlabuh di samudera bisu
Biarlah pintu hati tertutup diselubung duka pilu


Demi kamu,
Aku takkan menjadi kayu yang melintangi jalan hidupmu
Aku takkan menjadi taufan yang menghancurkan hari bahagiamu
Biar jawapan itu kau simpan dan semat dikalbu
Aku takkan bertanya dan mengingkari kehendak dan kemahuanmu
Kerana itu adalah milikmu


Gelodak jiwa ini bukan lagi untukmu
Untaian rindu dalam diri telah memuncak dititik jauh
Lantera hati telah kupadam dan kubiar beku
Kerana kau memilih untuk menjadi kisah silamku~


-- dan kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang bintang, juga disebalik langit hitam. Akan aku pasangkan sayap pada angan dan mimpi semalam, semoga esok ia kan pergi jauh bersama impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Maafkan aku..



Nadiah Ayub,
17 Oct 2011 [11.32 AM]


Bukan Curhat [Ep 5] ~


'Jalan kita tak sama, seru hati kita terlalu berbeza, apatah lagi impian masa muka'

.....

Berselang embun dengan mentari hingga cahaya jingga melapis mega, cebisan lara merosak rasa menjamah hati lalu kecewa. Begitu sepasang pancaindera merenung sengsara, pada denai yang penuh duka.
Bukan semalam mimpi kita bermula, malah usia sempat menangkap tua. Namun agendanya tetap sama, mendinding hati dengan langit kelabu, menghampar jiwa dengan angin terpilu.

Aku melintang di lebuh egomu, aku menjalar di landasan sepimu, biar esok datang lagi aku masih begini. Tersungkur dan membusuk. Terpinggir dan merana, dan engkau masih sama..


Wahai HIDUPku,
Aku ingin kau tahu, bahawa nafasku sudah duduk bersimpuh, dihujung nyawaku telah bacul dan lumpuh, lelah berlari mengejar bayang resahmu. HIDUPku, titian ini sudah rapuh. Mungkin ini tandanya rindu, pada tanah asalnya jasadku. Mohon terima salam maafku di setiap denyut nadi bahagiamu.



Nadiah Ayub


Linglung selalu



#Setiap malam aku meminta, setiap malam aku memohon doa, sehingga satu malam aku terlupa, sehingga kata-kata tak mengenal aksara, sehingga pesan singkat menjadi  P E M U S N A H ....


Tepat tersasar --


Mungkin kepastian ini patut aku selindungkan, pada temaram bintang-bintang juga pada balik awan nan hitam. Dia dan juga dia bagai kaca yang kau nampak berkilauan. Sedang aku hanya dilihat sebagai kertas tanpa garis yang tak kau pandang. Cukuplah kesalahan rasa yang aku ciptakan ini.

Akan aku pasangkan sayap pada angan di garisan ultra lembayung senja nanti. Semoga ia kan pergi jauh bersama impian yang tak terzahirkan.

Di sini bukan tempatku, bukan tempat matiku.

General --

Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Maaf dipohon jika dan seandainya lagu yang berkumandang dalam blog ini membuatkan anda kurang selesa. Pada asalnya pemilik blog juga tidak meletak sebarang playlist kerana kurang minat pada lagu-lagu yang akan pop-up bila orang buat blogwalking. Lagu itu akan berkumandang sehinggalah pemilik blog ini menghabiskan paper final exam beliau. Sekali lagi maaf. Kepada yang kurang berkenan, sila klik pada button [X] di sebelah kanan atas.TQ.

Kepada silent readers yang mengikuti nopen Bukan Curhat, terima kasih kerana sudi membaca karya yang tidak seberapa itu. Oleh kerana kekangan masa dan juga ketandusan idea baru untuk meneruskan penulisan, pemilik blog terpaksa menyepi seketika untuk mencari ilham. Mungkin melalui MyNewsHub.heheh

Last but not least, selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini. Semoga kita mendapat keberkahan dan kemuliaannya ~

Introducing to you : The Exartmusthicate ♥




❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫


Assalamualaikum Readers yang dihormati,

Dah 3 hari kawan aku promote lagu ni. Tapi aku ni bukan jenis yang mudah tertarik, maka hari ini barulah aku dapat mendengar sendiri playlist dari website official band ni. Tu pun sebab bila aku click pada tab gallery, rupanya aku kenal siapa empunya band ni. Cuba klik pada playlist di atas untuk dengar lagu losing you dari mereka. Anwy, kamu memang best!! Suka lagu losing you. Keep it up. Chaiyooo ~



KLIK sini untuk pergi ke >>>> Exartmusthicate Website<<<<

Yummy !!


*******************

Taraa! ok aku bukan ingin berbangga. Ini adalah Kek coklat tabur seteroberi. Huh, buruk sungguh nama yang diberi -_-"

Aku buadd sendirian berhad tauu. Kecuali Coklat before topping tu, my Darling Arumi Kiswantoh yang tolong masakkan.hee :)

Ohya, seteroberi tu adalah sumbangan ikhlas dari dia jugakk.TQVM awakk ^^

kek ni sedaap.cewaah.haha
terasa macam nk bukak tempahan pulakk.kehkeh




Ramadhan Tanpamu--

Bismillahirahmanirrahim ..

"Dengan NamaMu aku bermohon, semoga kedua ibu dan bapaku kau limpahi rahmatMu serta keredhaanMu. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Berkuasa, ampunilah dosa-dosa yang pernah mereka lakukan, semoga mereka sentiasa dalam lindunganMu. Ameen.."
Tuhan, mungkin sakit yang Engkau berikan ini sebagai tanda peringatan buatku. Mungkin juga sakit yang aku tanggung ini adalah sebagai tanda Engkau masih sayang padaku. Terima kasih Ya Allah.



Ketika sakit inilah aku terkenang kisah lalu, waktu itu aku sedang berteleku di dalam sebuah ruang kecil yang pada silingnya bertanda arah menuju ke kiblat.

Kala itu, airmata bukan setakat bergenang lagi, namun telah merembes tanpa segan silu dan malu. Tangan hina ini tiada henti bermohon supaya ibu disembuhkan. Bermula pada Ogos 2006 sehinggalah Ramadhan menjelma. Ibu masih sama. Ketika itu aku baru sahaja selesai menduduki PMR, dan ketika itu jua kenangan telah berubah menjadi mimpi buruk yang takkan aku biar terulang lagi. Biarlah itu aku simpan di dalam hati.

Selama sebulan aku berpuasa bertemankan bau ubat-ubatan dan suara manusia mengerang kesakitan, tak kira siang mahupun malam. Aku tak layak mengeluh kerana jika dibanding aku dengan ibu yang menanggung derita itu, dialah yang lebih layak.

Ketika itu aku benar-benar terjatuh. Bertubi-tubi masalah datang menimpa aku juga keluargaku. Mungkin itu adalah ujian Tuhan. Dalam jangka masa itu juga aku telah merancang untuk mencipta lembaran hidup yang baru. Bukan tanpa ibu tapi tanpa dia.

29 Ramadhan - Aku dan keluargaku menanti pengumuman Hari Kemenangan dari kaca tv hospital. Pemegang mohor telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya jatuh pada hari lusa. Maka genaplah sebulan aku menemani ibu di hospital.

1 Syawal - Keluargaku datang ke hospital dan kami menyambut syawal dengan ibu. Tanpa kuih raya, tanpa sanak-saudara, juga tanpa kampung halaman. Ketika itu aku melihat ibu masih sama. Belum pulih walaupun sedikit, malah lebih teruk dengan alahan yang menjadi-jadi. Namun kami masih sabar. Doa tak pernah putus untuk melihat ibu pulih seperti biasa. Dalam hati ini, aku sangat yakin ibu akan kembali ke rumah seperti dahulu kala.

2 Syawal - Keluarga dari kampung bertandang menziarahi ibu. Sesak dan memenuhi ruang ketika itu. Dalam hati sangat girang kerana masih ada yang ingat pada kami sekeluarga, apa lagi ibu. Namun terdetik di benak ini, apakah maksud semua ini?
Petang itu keadaan ibu semakin parah. Ibu mengerang kesakitan dan menangis. Antara kenal dan tidak pada suami dan anak-anaknya, ibu mula menyuarakan hasrat hati agar dikebumikan disebelah kubur arwah datuk. Ketika itu aku melihat ayah mengasingkan diri, jauh dari ibu, jauh dari kami dan keluarga. Petang itu ibu dimasukkan ke dalam wad ICU. Koma.

3 Syawal - Doktor mengarahkan supaya ayah membeli susu khas dari farmasi berdekatan. Susu itu bukan susu biasa, ianya bernilai RM75.00 satu tin kecil dan sukar untuk didapati. Seharian ayah keluar untuk mencari susu untuk ibu. Asar itu, jantung ibu berhenti. Doktor mencari ayah namun kelibat ayah belum kunjung tiba. Sehinggalah maghrib tiba, akhirnya ayah datang bersama plastik berisi setin susu di tangannya. Ketika dikhabarkan tentang keadaan ibu, ayah meluru masuk ke dalam wad ICU. Agak lama ayah berada di dalam, aku melihat susu yang ayah beli tadi masih belum diguna. Sayu hati ini bila mengenangkan ayah juga adik-adikku. Isyak pun telah lama berlalu. Tepat pukul 9.00 malam ayah memanggil aku, kakak dan adik perempuanku masuk. Ayah mengarahkan supaya aku membacakan Yassin dan mengajar ibu mengucap. Ketika itu aku melihat airmata menitis di pipi ibu. Ayah kata, pohonlah maaf dari ibu, dia pasti dengar. Aku dan adik-beradikku mula menangis. Pukul 9.09 minit malam, jantung ibu berhenti. Doktor menggunakan renjatan untuk merangsang degupan jantung ibu, Ini adalah kali ke-3 denyutan jantung ibu berhenti. 9.10 malam, doktor mengesahkan bahawa ibu telah tiada. Ketika itu, adik bongsuku tiba-tiba meluru masuk dan memeluk ayah. Aku melihat ayah tersandar lesu dan menangis, akhirnya ibu pergi jua. Hatiku tertanya-tanya, mengapa tiada satu pun doa dari keluargaku yang Allah makbulkan. Namun, semua itu tiada guna. Ibu telah pergi menghadap Ilahi.

Syawal itu dipenuhi dengan suara tangisan penuh syahdu. Begitu juga pada syawal-syawal seterusnya. Sehingga ke hari ini, genaplah Ramadhan yang ke-5 ibu meninggalkan kami. Ya Allah, semoga kau tempatkan dia bersama roh orang-orang mukmin --

Aku rindu ibu !!!!