Aksara Rindu -__-

2 days passing day-silently




Dada langit cukup kesuraman
Tanpa bintang yang beserakan
Tanpa awan yang berbalam balam

Begitu diri sedang meneka makna
Dalam aksara rindu yang bertamu
Namun semua hanya sia sia
Kerana penghujungnya cuma ada kekalutan rasa

Wahai Raja Dihati
Terima Kasih untuk darah yang membara
Juga untuk kemelut rasa yang tak terhingga
Ianya cukup untuk aku mengerti
Bahawa hidup bukanlah selamanya indah --

MNH --


BERITA UTAMA

AL-Fatihah : Dr Lo' Lo Meninggal Dunia
Kuala Lumpur-Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Datuk Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat kompilasi kanser sebentar tadi. Beliau dilaporkan meninggal duni sekitar pukul 10.25 malam. Baca lagi...


Kes Rogol Kanan-Kanak Makin Membimbangkan
Kuala Lumpur-Kes jenayah rogol ke atas golongan kanak-kanak kian membimbangkan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lim Lam Thye. Baca lagi...

BERITA TERKINI

Pesawat Baru MAS Airbus A380 Janjikan Kemewahan
Kuala Lumpur-Cuba bayangkan diri anda sedang merehatkan kaki di bangku mewah atau mendapat urutan...Baca Lagi...

Penarik Kereta Mendakwa Ditampar Polis
KuantanSeorang penarik kereta mendakwa ditampar tanpa sebab oleh seorang pagawai polis ketika sedang membuat laporan. Baca Lagi...

Wanita Sarat Mengandung Maut
Kulim-Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan bapa mertuanya parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir dipersimpangan lampu isyarat Taman Selasih disini, Sabtu. Baca Lagi...

Safee Penyelamat Maruah Harimau Malaya
Kuala Lumpur- Mohd Safee Mohd Sali yang muncul sebagai wira pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan antara Malaysia dengan Liverpool petang ini dengan dua jaringan gol.. Baca lagi...


Klik SINI untuk pelbagai berita menarik lagi ;D

❥MyNewsHub : Kau Ilhamku~



❁ ❁
Ini adalah buat Readers juga Bloggers yang dikasihi..
❁ ❁

Sedang mataku menelaah saf-saf frasa yang penuh informasi, terdetik dibenakku : Andai manusia itu mampu bercerita tentang kenangan, berkarya dengan imaginasi, dan bekerja dengan kenyataan, disitulah wujudnya kebenaran. Kerana hasilnya terbit dari pengalaman yang nyata, bukan karya yang sia-sia dan tak berharga.

Kenyataan itu merupakan FAKTA yang aku temui sejak aku dipertemukan dengan MyNewsHub --
Lalu aku menjadikannya sebagai pencetus ilhamku untuk berkalam dengan kebenaran, bukannya kata-kata yang disalut dengan kepalsuan.

Dialah Ilhamku, Dia juga Pencetus Inspirasiku.

❁ Terima Kasih MyNewsHub, kerana dirimu begitu berharga. ❁

(◕ ‿‿ ◕)

Cetusan barakah buat pembaca sekalian, marilah kita meluaskan horizon pemikiran kita dengan mencelikkan minda pada medium informasi yang bijak bermanifestasi. MyNewsHub bukan lagi satu nama yang asing bagi para intelegensia. Bilangan pembacanya sudahpun mencecah angka 56,000 secara puratanya. Apa lagi yang kita cari dan tunggu? Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengubah pandangan sarwa kita supaya sentiasa relevan dengan kehendak zaman.



❤♪♫•*¨*•.¸¸A p a i t u MyNewsHub ?¸¸.•*¨*•♫♪❤

MyNewsHub telah membawa satu perubahan yang bitara dalam saluran berita online. Ia merupakan sebuah portal berita yang menjadi medium informasi dan menggabungjalinkan isu-isu semasa samada dari dalam negara mahupun luar negara.

FAKTA tentang MyNewsHub:

★ Ia disampaikan dalam dua bahasa perantara iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

★ Menyajikan kita dengan pelbagai aktiviti yang mengaplikasi simbiosis diantara dua pihak iaitu para pembaca dengan pihak MyNewsHub itu sendiri.

★ Sebuah rangkaian percuma yang membenarkan setiap pembacanya mendapat input yang up-to-date sepanjang masa.

★ Menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan Antara aktiviti yang MNH anjurkan adalah seperti Give Away dan juga Contest(s) disamping hadiah-hadiah yang cukup lumayan untuk dimenangi. Sebagai contoh, pihak MyNewsHub sedang menganjurkan sebuah peraduan Advertorial Memang Best!, di mana ganjaran yang disediakan untuk para pemenang berupa iPod Touch dan juga GiftCard Petronas.

★ Percaya atau tidak, MyNewsHub mampu menjadi motivator kepada kita untuk mencapai keinginan yang kita hajati. Jadi tidak hairan dan tidak peliklah jika angka puluhan ribu itu akan mencecah menjadi jutaan pula ;)

Hebat bukan? Jangan ketinggalan untuk menyertai kami. Jom sertai MyNewsHub sekarang!


Klik BANNER di bawah untuk ke pautan contest tersebut ;)



❁ Jom ke Twitter untuk Follow MyNewsHub dan Page FB MyNewsHub untuk
LIKE disamping update isu semasa serta dapatkan Give Away anda ~ ❁

-----------------------------------

"Dengan Nama Allah Yang Maha Besar, Jadikanlah kebaikan untuk hambaMu dari setiap aksara dari ketipan jemariku. Semoga janganlah ada dari kalangan mereka yang terlalai dan tersesat dek kata dan penulisanku. Semoga Allah memberkati. Perkenankanlah."

Naif


Kebisuan hati tak terkendali . Sehingga kelabu hati yang merindu.
Bidadari hati menahan lirih, kulepas sayapmu terbanglah menjauh --

Siapa aku dihatimu? Edisi Hati Terluka



“Ya aku baru sedar bahawa bukan aku yang pertama & bukan juga yg terakhir. Omputih cakap, not the first nor the last. Nampak tak ketidakwujudan ‘posisi istimewa’ buat aku dalam hidup dia. Jelas dan sungguh jelas. Kenapa baru skrg aku perasan. Kenapa? kenapa?

Sampai bila keadaan harus menekan dan meruntun begini. Aku tahu kau tak sanggup tapi kau sampai hati. Sampai hati kau buat aku begini. Kau kenal aku beberapa tahun yang lalu. Bukan setakat beberapa tapi bebeberapa. Soalannya sekarang apa yang kau tak faham tentang kemahuanku? Berkali kali dan bertubi tubi aku melemparkan kata-kata tanpa kekesatan dan kesesatan pada kau. Bila kau terlupa juga terleka aku sanggup mengulanginya dan terus mengulanginya sampai kau faham. Aku akui, tiada satu yang kau tak mampu buat..Cuma satu yang kau tak lepas lepas. Mengingati.

Even Laut China Selatan itu begitu luas dan cukup dalam untuk memisahkan kita, namun keberadaan flight tak pernah menewaskan semangatku untuk terus bertahan dari kejauhan. Keteguhan itu perlu. Sedang aku didepan mata pun kau masih tak pernah bunuh semut. Apatah lagi pabila aku di perantauan. Tiada cctv, tiada spyware, tiada policeintip, tiada malware detect, tiada virus scanner, tiada segalanya yang membolehkan aku mendapat notification tentang perilaku sepenuh masa kau. Tapi, satu yang kau sering terlupa. Cepat atau lambat, aku pasti tahu apa yang kau buat samada dengan notis atau tanpa sengaja. Beware bukan lagi perkataan yang kau takutkan. Yalah, kau kan pelupa.

See, bukan jarak yg menjauhkan kita tapi sajian dan citarasa. Kau sakitkan? Aku susah hati. Tapi kau pandai jaga diri jadi aku harus mempertahankan keegoan tegarku. Biarlah. Sakit pun still bole on9 jugakk. Itu cara kau layan aku. Aku hanya mencuba copy paste the way you treat me. Biarlah keegoan itu seiring dengan kewarasan: I used to write and say this long time ago. Supaya kau tahu, ego yang aku pamirkan ini masih berada dalam lingkungan rasa kemanusiaanku.

Bila aku akan kecapi kebahagiaan abadi didunia fana ni? Penat aku tunggu saat2 tu. Yeah, I never forget ‘bout the moment someone quote me: Menangis didunia tersenyum di akhirat and vice versa. Tapi layakkah aku tersenyum diakhirat?

Benar kata Samsons:Perbedaan dan Tak bisa memiliki. Conclude it yourself.TQ -__-"


TBC --

haru bukan bermakna terharu .,
gundah tak beserta gulana

tumbang tapi tak merebah
tepat tapi tak bertempat
kasar tapi tak menggusar
lagak tapi tak gelegak

kau perempuan, jadilah seperti perempuan.
Bukannya betina ...,

'Ini bukan kata hikmat adunan curhat. Ini frasa lirih konsonannya sedih'




Triple Hundred Chances --


♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

is it true that love is blind ?




✖ bukan monolog semata mata

Enigma --

1 ungkapan. 1 perkataan. 1 Malaysia . WORST.
Entah mengapa keadaaan ini masih dan terus berulang.
Aku penat dan begitu juga dia.

***********

Tapi..tahniah aku ucapkan kpd Mr.& Mrs.Smith diluar sana yg sedang berbahagia.
Teruskan dan kekalkan.

*************

Bila on , perkara wajib dan mengarut yg akan aku buat ialah menjadi stalker kpd wall
Mr.Right. Entah mengapa. Mungkin hobi aku.
Namun, semakin hari ada yg membuatkan takat didih aku mencipta anjakan paradigma.
The words. The sentences. The moves .Peoples dan semua yg tidak lagi menarik pada pandangan mata kasar aku. Mungkin mata ini yg salah.

***********

Dulu, keypad hp aku sampai loose atau menjadi lutsinar akibat kerap mendapat sentuhan yg sungguh dasyat dari aku. Now,aku boleh press satu demi satu setiap inci huruf huruf tersebut. Dan..perkataan yg wajib aku gunakan ialah "ou", "hm", "yalah", "ok","bhbh". Semua itu adalah ayat mati. Yes, AYAT. Bukan perkataan sahaja mahupun lagi. Hebat rite.

************

Aku cuba belajar memahami apa yg dia mahukan. Bahkan demi menjaga humanship utk jangka masa pnjg, bermacam cara aku aplikasikan termasuk mengkaji dan meneliti rutin beliau. Buat observation ttg body language dan test drive sepanjang lebuhraya kediaman aku. Terbaru, aku mencuba menganalisis monolog dalaman yg bersifat diluar jangkaan beliau. Aku siap buat research bagai. Tapi, semua ini menemukan aku kpd satu jalan buntu yg bertemakan sia sia.

********

Rasanya perubahan diperlukan dlm menjayakan usaha mengekalkan kesucian hbgn ini. Mr.Right, aku akan cuba membuat transformasi diri sedikit demi sedikit. Ini semua utk kita. Bukan kau seorang.
Mungkin ini jalan terbaik.




✖ bukan monolog semata mata

SAMA -


Ini merupakan post kedua pada tarikh dan hari yg SAMA. Cuma waktunya yg berbeza. Impressive! Membanggakan!

Dan berikut adalah 4 perkara SAMA yg terjadi:

1.Tidur 6.00 pagi. Bangun 9.00 pagi pada pagi yg SAMA. Excellent! Cemerlang!

2.Sungguh mengecewakan bila kau mula percaya pada sesuatu yg belum harus dipercaya. SAMA seperti mencurah air di atas bunga plastik. Superb! Paling menang!

3.Mati dengan jiwa yg bungkam adalah bahaya untuk roh yg bepergian. Namun harus dibuat dan diteruskan. Sehingga kemudian dihidupkan semula tetapi masih dgn jiwa yg SAMA-- Lame! Bikin panas!

4.Sedih, Marah, Kecewa. Itu ungkapan Amir AF 9 semalam ttg perasaannya.
Tapi tidak aku. Aku cuma berjauh hati. Bukan ini yg aku harapkan. Kau tetap SAMA.





✖ bukan monolog semata mata

wc 2011


wc bukan webcam.bukan juga watercooler mahupun world champion.
Wc disini membawa maksud welcome. Ya, welcome 2011 utk entry pertama tahun ini.
malas bukan lagi satu alasan. Ia sudah pun exhausted dan bertukar menjadi wabak paling cemerlang dalam diri ini,GRATULATIO! *bukan kereta latio

sebab lain yg bole dikatakan kukuh untuk dijadikan bukti mengapa belog ini tersadai dan terpinggir ialah..PRIVACY. Biar aku translate. Ianya peribadi. Banyak entry entry yg telah aku padam kerana sakit hati yg berbalam balam akibat typing tangan sendiri pada zaman purbakala.

Dan juga menjadikan tahun ini sebagai tahun baru bagi aku. Sebenarnya semalam. 16 April 2011 bersamaan hari ulangtahun perkahwinan tanpa nikah aku bersama Mr.Right. Paling tidak tahun ini telah menukarkan angka 6 kepada 7. Bukan sesuatu yg harus aku banggakan.




✖ bukan monolog semata mata