Derai Cemara

''Seperti bulatan yang tidak berpenghujung, begitulah ibaratnya hubungan kita..takkan pernah berakhir sampai bila-bila.." -- by Him.


Kadang, kita memaafkan bukan kerana kita ingin melupakan, tapi kerana kita ingin dia mengingati. Tapi bila dia tak ingin mengingati, kita haruslah memahami bahawa maaf bukanlah jalan terbaik untuk melupakan. Dipenghujungnya, ada garisan untuk sebuah pengakhiran. Perpisahan.


Sebelum ku pergi
Kutadah bekas-bekas kelukaan
Mengumpul calar perasaan
Di setiap ruang
Merah pekat kehitaman
Pedih duka kesakitan
Bakal memori mendatang

Sebelum kupergi
Harap dapat kuhirup
Pemberian kemaafan
Penamat Salam
Melabuh tirai satu perhubungan..
Sebagai permulaan satu kehidupan ;)

Cerita Hati 7

''..malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku agar dia tidak kesepian, slalu rasa ada cinta aku. hujan bawa airmataku yang mengalir membasuh lukaku agar dia tahu kutersiksa tanpa cinta dia dihatiku. hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti.''---Mainan Hidup [24 Nov 2011]

Sandiwara si Pemain Cinta

...begitu wanita jadi permainan cinta, diselindung wajah yang penuh dusta, bermegah dengan selimut nista janji setia si jantan perkasa. Julang citamu ke langit angkasa, bawa bersama hujung pangkal cerita, sudahi mimpi burukku dengan jalan pemisah dan teruslah berlalu bersama harapan yang patah -- Mainan Hidup [22 Nov 2011]

Cerita Hati 6: Sayap sayap Doa

Hati menangis dalam langkah tak berbayang
Tabah meredah dalam luka ketewasan
Merangkak payah keluar meninggalkan kegelapan
Kisah silam yang harus dilupakan

Hati meronta dalam laungan kebisuan
Senyum menyelindung seribu duka yang terpendam
Memaksa diri untuk terus tak kebelakang
Kisah silam yang menyeru kerinduan

Dengan Nama Allah Yang Maha Besar,

" Tuhanku, jalan cerita ini menyimpang jauh dari cita dan impianku. Andai ini memang suratan yang telah tertulis buatku, aku mohon kepadaMU, sudahilah kesedihan ini dengan ketentuan yang tepat buatku, agar jalan hidupku kembali bersuluh sinarMU. Tuhanku, sesungguhnya cinta anugerahMU telah aku berikan kepada dia, satu-satunya insan yang telah lama bertakhta. Tuhanku, telah aku tetapkan dalam hidupku, bahawa cinta anugerahMU hanyalah untuk dia yang aku anggap indah. Tuhanku, telah aku pasang angan dalam hidupku, agar dia menjadi tangga-tangga untukku ke syurga. Namun aku sedar, hatiku tidak sebesar dunia, diriku tidak secantik mana. Aku wanita yang sangat biasa, hanya merancang cerita bahagia, yang diakhirnya berbunga hampa. Tuhanku, gelombang rasa itu ENGKAU yang punya, sampaikan padanya bahawa aku sangat kecewa. Tuhanku Allah yang Maha Berkuasa, Pemilik Segala hati hamba-hambaNYA, jangan patahkan sayap doa dari tangan yang hina, sesungguhnya aku bermohon kepadaMU, berikanlah secangkir rasaMU dari lautan bahagia. Maha Suci Allah, hanya kepadaMU aku bermohon dan kepadaMU jua aku berserah, angkatlah serangkap permohonanku, dengan sayap-sayap doa.."

Ameen.


Mainan Hidup-15 Nov 2011

Cerita Hati 5: Di penjara janji

.....

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cintaku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Sanggup untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat kusandar
Angan kupendamkan
Satu percintaan yang bisa kujadikan
Tangga-tanggaku kepintu syurga
Leraikan rindu..

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta yang aku mimpi



Mainan Hidup-15 Nov 2011

Pendam



'bisik hatiku lepaskan dirinya, sungguh aku tak bisa.
biarlah aku sendiri tanpa kasih dihati.
aku tak mampu pertahankan lagi, cinta yang menyakiti.
biarlah aku pergi tanpa kasih dihati'

Cerita Hati 4: Untukmu

Dan selepas ini, takkan ada lagi 'untukmu' dariku ..
Dan semoga selepas ini, takkan ada lagi 'untukku' darimu ..
Cukuplah kesempatan yang telah diberi ..
Ruang itu bukan untuk kita, bukan milik kita ..

Takkan pernah lagi hati ini menoleh padamu ..
Kerana lukaku semakin parah, semakin mengoyak rasa ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Terima kasih buat dia, wanita hebat yang datang dari syurga ..
Terima kasih juga kujunjung buat dia, wanita hebat yang menolakku hingga terluka ..
Dan sejuta penghargaan buat kamu, yang lebih memilih dan memiliki dia ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Maafkan aku kerana terpaksa membuang kamu ..
Maafkan aku kerana terpaksa menjauhi kamu ..
Takkan pernah kuberpaling lagi untuk bersama kamu ..
Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih ..

Setiap luka yang kau ukir takkan pernah terhapus, biar dia yang kau simpan disana, menjadi penghiburmu dikala kau berduka, Bahagialah, kerana itu jalan yang kamu pilih..ASA.

Mainan Hidup,
10 Nov 2011

Cerita Hati 3

tiada guna menyatakan kebenaran jika keadaan masih sama. dunia ini kau yang punya, buatlah apa yang kau suka. tapi bukan dengan hati ini.
wahai pengembara cinta, jangan mengemudi di lautan yang bergelora. kelak kau karam di dasar yang penuh dusta ---- Mainan hidup, 10 Nov 2011.

Cerita Hati 2

Begitu dalam luka ditusuk, hingga tertumpah sumur dihati. Segarlah bunga jangan membusuk, Tuhan tahu kau mampu menempuhi.


By Mainan Hidup,
09 Nov 2011.

Cerita Hati 1


Luka hati yang tak terubati, terasa perih dan mengoyak diri, jerit hati bak lautan tangis, mengejekku dengan pandangan sinis..Ku bermimpi dalam sedarku, ku tersedar dalam mimpiku, dalam mimpi ku mengejar kasihmu, ketika kusedar dapatkan bencimu. Kerinduan yang tak pernah berpenghujung, mengheretku ke akhir tiang mimpiku, membelenggu dan tinggalkan luka baru, dengan parangnya meragut harapanku.



Mainan Hidup,
03 Nov 2011

Permohonan Dari Hati

Dengan NamaMU aku bermohon,

Ya Allah..
Semoga ENGKAU menganugerahi kekuatan yang lebih buatku hari ini, esok dan seterusnya.
Saat ini, tiada yang aku perlu selain rahmatMU sebagai pelindung untuk aku menghadapi deras dan kejamnya dunia ini.
Dan semoga barakahMU mampu menabahkan hati yang kian lara dan menyucikan jiwa yang makin kelam.

Ya Allah,
Tetapkanlah hatiku, buangkanlah segala keraguan yang bersarang,
Kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan-rayuan manis dunia dan seisinya,
Peliharalah aku dari dari pujukan yang melalaikan.

Ya Allah,
Ampunkanlah aku kerana telah terleka dengan keasyikan nikmat kurniaMU yang sementara,
Sudilah ENGKAU menganugerahkan kepadaku kecerahan mata hati, agar langkah ini tidak lagi bengkok..

Ya Allah,
Cabut dan lontarkanlah kesedihan yang kurasakan saat ini, sesungguhnya aku benar-benar tak mampu lagi untuk menempuhi..

Ya Allah,
Aku percaya dengan pengurusanMU untukku,
Maka dengan ini aku memohon petunjuk dan hidayahMU agar aku diberi ketenangan jiwa,
Jauhkan aku dari kesakitan yang melalaikanku dari mengingatiMU..

Ya Allah,
Saat mata ini terpejam, hindarkanlah ingatanku dari memikirkannya,
Hapuskan semua kerinduan ini,
Tepiskanlah segala kegundahan hati,
Hanya padaMU kuletak harapan ini..
Seandainya semua ini bukan yang terbaik buatku, maka ENGKAU pisahkanlah aku dari ingatan-ingatan ini,
Agar kusyuk aku mengingatiMU..InsyaAllah..

Mainan Hidup,
01 Nov 2011


"Andai jodoh itu datang dengan mudah maka sambutlah ia dengan mudah. Andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah yang terbaik buat anda. Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya sampai ke sudah, itulah RAHMAT TUHAN untuk memudahkan laluan anda ke syurga.."

Korban Hati

'Keinginanku bukan ketentuan Tuhan, kemahuanku bukan juga kehendak Tuhan. Cukuplah korban hati yang tak diperlukan, Bawalah dirimu pergi bersama kenangan semalam. Hati ini bukan lagi tempatmu, bukan tempat matimu..'


Kepada Tuhan aku meminta, patahkanlah sayap anganku.
KepadaNYA jua aku memohon doa, tabahkanlah hati rentan wanitaku..
Mungkin ini petunjuk buatku, insan hina yang penuh dosa.


Buat masa silamku,

Maafkan aku jika akulah punca semua ini terjadi..
Aku telah berusaha sedaya yang mampu untuk mempertahankan hati ini,
tapi aku gagal..walaupun ini pengakhiran cerita kita, namun aku berterima kasih untuk 88 bulan yang DIA berikan, mungkin bukan untuk kamu tapi hanya buat aku.
Tolong aku hapuskan kenangan itu, kerana ia hanya membekaskan luka yang parah.

Pergilah menghilang bersama duka pilu,
Tinggalkanlah aku tanpa kisah barumu,
Pergilah jauh dari mimpi indahku,
Jangan sesekali kau datang padaku..

Dan..terima kasih kepada perempuan itu,
kerana terlalu hebat sehingga mampu membunuh rasa kasih dan kesetiaan yang telah bertahun lamanya aku semai.
Ingat pada janjiku, akan kubuang kamu dari dalam hidupku, bukan untuk sementara tapi buat selamanya.
Terima kasih yang tak terhingga.


Mainan Hidup,
01 Nov 2011