Bukan Curhat [Ep 5] ~


'Jalan kita tak sama, seru hati kita terlalu berbeza, apatah lagi impian masa muka'

.....

Berselang embun dengan mentari hingga cahaya jingga melapis mega, cebisan lara merosak rasa menjamah hati lalu kecewa. Begitu sepasang pancaindera merenung sengsara, pada denai yang penuh duka.
Bukan semalam mimpi kita bermula, malah usia sempat menangkap tua. Namun agendanya tetap sama, mendinding hati dengan langit kelabu, menghampar jiwa dengan angin terpilu.

Aku melintang di lebuh egomu, aku menjalar di landasan sepimu, biar esok datang lagi aku masih begini. Tersungkur dan membusuk. Terpinggir dan merana, dan engkau masih sama..


Wahai HIDUPku,
Aku ingin kau tahu, bahawa nafasku sudah duduk bersimpuh, dihujung nyawaku telah bacul dan lumpuh, lelah berlari mengejar bayang resahmu. HIDUPku, titian ini sudah rapuh. Mungkin ini tandanya rindu, pada tanah asalnya jasadku. Mohon terima salam maafku di setiap denyut nadi bahagiamu.



Nadiah Ayub


Linglung selalu



#Setiap malam aku meminta, setiap malam aku memohon doa, sehingga satu malam aku terlupa, sehingga kata-kata tak mengenal aksara, sehingga pesan singkat menjadi  P E M U S N A H ....