Wanita & Kecantikan


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

" Hati nurani seorang wanita tak berubah oleh waktu dan musim. Bahkan jika mati abadi, hati itu takkan hilang murca. Hati seorang wanita laksana sebuah padang yang berubah menjadi medan pertempuran...sesudah pohon-pohon ditumbangkan dan rerumputan terbakar dan batu-batu karang terbakar memerah oleh darah dan bumi ditanami dengan tulang-tulang dan tengkorak-tengkorak, ia akan tenang dan diam seolah tiada sesuatu pun terjadi, kerana musim semi dan musim gugur datang pada waktunya dan memulai pekerjaanya."



❤♪♫•*¨*•.¸¸REARRANGEMENT Of ANSWER THAT HAD BEEN GIVEN¸¸.•*¨*•♫♪❤

Saudara : Dalam slide yang saudari bentangkan sebentar tadi, terdapat ciri-ciri wanita zaman jahiliah. Pada pandangan saya, wanita zaman sekarang mempunyai ciri-ciri tersebut. Apa komen saudari?

Saudari : Terima Kasih Saudara. Saya bersetuju dengan pandangan yang saudara berikan itu. Menurut saya, sebagai seorang muslim yang sudah pun mumayyiz dan menggunakan akal dengan adil, hukum-hukum berpakaian yang telah disyariatkan oleh Islam telah pun diketahui pada umumnya. Sebagai contoh, wanita-wanita tersebut telah pun mengetahui apakah hukuman dari perbuatan yang mereka lakukan, tetapi mereka masih tidak mematuhinya. Pada saya, itu adalah urusan antara dia dengan Tuhan.
Sekalipun kita telah melontarkan kata nasihat dan teguran, namun apakah kita mampu mengubah mereka? Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, pasti teguran dan nasihat itu dikunci dengan jawapan yang biasa kita dengari :

" Hidayah tak sampai lagi la, takpe la ye.."

❁ " Pintu hati tak terbuka lagi ni..InsyaAllah kemudian ye.."


Namun, saya ada jawapan untuk membuka kunci-kunci tersebut ;)

Pertama,cuba saudara bayangkan, saudara menaiki kereta untuk pulang ke rumah saudara. Namun, saudara tidak memandu kereta itu dan hanya duduk diam dengan harapan saudara akan sampai ke rumah. Adakah saudara akan sampai ? Tidak.

Kedua, andaikata saudara sampai, untuk masuk kedalam rumah saudara, haruslah memusing tombol pintu rumah. Namun adakah saudara akan berjaya masuk ke dalam rumah seandainya saudara tidak membuka pintu itu sendiri dan hanya berdiri di luar dengan harapan dan niat untuk masuk ke dalam? Tidak.

Mari kita melihat dari sudut pandangan yang berbeza.
Dengan menggunakan pendekatan yang pertama, saudara tidak akan sampai ke destinasi saudara jika tidak memandu kereta saudara. Begitu juga dengan hidayah. Hidayah tidak akan sampai kepada manusia sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ingat saudara, Allah hanya akan kurniakan hidayah bagi mereka yang beriman kepadaNya. Adakah kita ini sudah cukup beriman untuk menanti sahaja hidayah Allah datang bergolek?

Melalui pendekatan kedua, saudara tidak akan berjaya memasuki rumah kerana pintu rumah saudara masih tertutup dan pintu itu tidak akan terbuka jika saudara tidak memusing tombolnya. Begitu juga hati kita. Adakah hidayah itu akan memasuki hati kita sekiranya kita tidak membuka pintu hati kita? Tidak. Sepatutnya, kitalah yang membuka pintu hati kita sendiri untuk menerima segala nasihat dan teguran yang baik.

Itulah perkara yang harus dilakukan oleh seorang wanita muslim. Bagaimanakah yang dikatakan ciri-ciri seorang wanita muslim itu?Adakah Islam pada nama dan Mykad sudah cukup membuktikan bahawa kita ini adalah seorang Islam? Saya tinggalkan saudara dan saudari sekalian dengan persoalan ini. Semoga yang baik akan dijadikan tauladan dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Inniakhofullah~


2 comments: